nak share video ni.... (http://www.youtube.com/watch?v=IaV4ajp3kuQ)
saya teringat seorg kawan saya pernah kata, ALLAH sgt MEMILIH, picky, choosy thdp hamba2NYA. hanya org2 tertentu yg dipilihNYA utk menggalas tugas mulia, menjunjung risalahNYA di muka bumi. lihat sahaja, para rasulNYA adalah golongan yg terpilih. satu antara seribu manusia yg hidup di suatu zaman, ALLAH telah memilih seorg hambaNYA utk menjadi pendukung & penggalas kalimah agung, kalimah tayyibah ; LA ILAHA ILLALLAH.
masyaALLAH, hamba2NYA yg terpilih ini pula dgn penuh ketundukan & keimanan, menerima amanah berat itu & berusaha sedayanya utk menyampaikan kpd insan2 di sekelilingnya. walaupun hasilnya kadangkala begitu mengecewakan.
renungilah kisah Nuh as, yg dakwahnya hampir satu kurun namun yg ikut tunduk kpd ALLAH hny puluhan (ada kata 80 lebih, ada kata 10 org saja).
renungilah kisah Ibrahim as, cinta yg begitu mendalam kpd ALLAH & kebenaran memungkinkan baginda utk menunaikan apa sahaja perintah ALLAH. walaupun pastinya hati seorg suami & ayah akan terhiris tatkala meninggalkan anakanda & isteri di tgh sahara, tatkala anak yg jarang sekali berjumpa diperintahkan ALLAH utk disembelih. (http://saifulislam.com/?p=192)
renungilah junjungan besar kita, Rasulullah saw, yg waktu kecilnya dipenuhi kisah penuh duka; kehilangan ayah sblm melihat dunia & kehilangan ibu ketika diri begitu dahagakan belaiankasih ibu. renungilah bagaimana kesabarannya sentiasa diuji tatkala bapa saudara sendiri begitu lantang menyatakan penentangan trhdp da'wah yg dibawa baginda.
sesungguhnya, manusia2 ini adalah manusia pilihan ALLAH utk menjadi obor kpd ummah. rantaian yg tak pernah berhenti drpd manusia pertama, bapa sekalian manusia, Adam as sehingga kpd baginda Rasulullah saw.
janji ALLAH tak pernah padam. bumi ini pasti akan disimbahi rahmat islam seluruhnya dgn adanya insan2 terpilih sepanjang zaman, insan yg DIA pilih utk menerima hidayahNYA. dgn mukijzat agung Muhammad saw yg masih terpelihara hingga hari ini, DIA akan membimbing insan2 terpilih utk menjadi obor & pelita kpd ummah. pelita utk menunjuk jalan kembali kpd ALLAH & kebenaran. kerana sesungguhnya ALLAH adalah setinggi2 kebenaran, yg MAHA BENAR atas segala kebenaran.
wahai insan2 terpilih, jgn pernah terfikir utk lari menolak pemilihan ALLAH ini. walaupun dgn terpilihnya diri itu membawa erti bahawa diri akan dibebani beban yg berat. kpd ALLAH jualah kita berserah & mohon kekuatan utk memikul amanah itu kerana hanya DIA sumber kekuatan.
La haula wala quwwata illa bi ALLAH.
~Wallahu a'lam~