Adam a.s, manusia pertama pertama ciptaan ILAHI. Bapa sekalian manusia... dari rusuk kirinya, telah ALLAH ciptakan pasangan hidupnya, Hawa.
Kisah Adam a.s telah ALLAH abadikan dalam kalam suciNYA yg masih lagi berada dalam pemeliharaanNYA sehingga kini. Hati yg gelisah selama beberapa ketika ini telah membuatku rasa ingin berkongsi kisah manusia pertama ini dgn semua. Semoga hatiku akan dibersihkan olehNYA atas perkongsian ini.
Sebenarnya terlalu banyak pengajaran yg boleh dicedok drpd kisah ini yg berulang kali diulang olehNYA di surah2 berbeza dalam al-Quran. Namun, kali ini inginku mengajak semua utk merenung surah Al-A'raf ayat 11-18.
Daku mulakan dgn sedikit kisah sebelum Adam diciptakan. Para malaikat sebenarnya telah mendapat berita bahawa kelak akan ada yg menderhaka kpd ALLAH. Bimbang diri menjadi sang penderhaka, para malaikat yg amat menghormati malaikat Azazil telah memintanya agar mendoakan mereka. Azazil pun mendoakan mereka namun dia telah terlupa utk mendoakan dirinya sendiri.
Sebagaimana yg kita ketahui, Adam telah diciptakan daripada tanah dari bumi. Setelah itu ALLAH telah membentuk Adam daripada tanah itu lalu jadilah Adam seperti tembikar yg diletakkan di suatu tempat. Suatu hari, Azazil lalu di tempat tembikar Adam. Lalu, Azazil pun masuk melalui mulut dan keluar melalui dubur Adam dan sebaliknya. Setelah itu, dia seolah merasakan, 'inikah khalifah yg ALLAH jadikan utk menghuni dunia?'
Apa sebenarnya pengajaran di sini? Lihat, Azazil merasakan dirinya lebih baik drpd malaikat lain sehingga dia tidak merasa bimbang andainya ALLAH memilih dia utk menjadi penderhaka. Maka, jangan kita sekali2 mengangkat diri, merasa diri lebih daripada org lain. Ya, benar, ALLAH melebihkan sebahagian kita drpd yg lain. Namun itu tidak bererti kita lebih baik daripada org yg ada kekurangan. Kerana neraca ALLAH itu adalah ketaqwaan kita. Mungkin kelebihan kita utk menulis tidak menjadikan kita org yg takut kepada ALLAH, maka org yg pendiam lebih baik pada pandangan ALLAH berbanding diri kita.
Melihat kepada ayat2 surah Al-A'raf yg dinyatakan di atas, ingin saya ajak semua merenung ayat 12. Pabila ditanya oleh ALLAH kpd Iblis aka Azazil mengapa ia tak mahu sujud kepada Adam, dia menyatakan bahawa dirinya lebih baik kerana diciptakan daripada api berbanding Adam yg dicipta drpd tanah. Mengapa harus dia merasa dirinya lebih baik drpd Adam sedang ALLAH tidak pernah menyatakan sedemikian? Jadi, cuba lihat ke dalam diri kita sendiri, pernahkah ALLAH menyatakan di mana2 sudut Al-Quran bahwa kita lebih baik drpd org lain? Masya ALLAH, sama sekali tidak pernah. Maka, betapa status kita di mata ALLAH masih terlalu kabur.
Apakah ALLAH sedang memerhati kita dgn kasih sayang atau kemarahan tika ini? Tak pernah dan takkan pernah kita ketahui hingga tiba suatu masa segala2nya dipaparkan di hadapan mata. Itulah pada yaumul hisab. Hari tiada ruang utk beramal dan memperbaiki diri. Alangkah gerunnya jika kita kelak ditarik nyawa dalam keadaan ALLAH sedang murka...
Mengapa Azazil boleh mengatakan bahwa ia lebih baik drpd Adam? Sesungguhnya, Azazil dengki kepada penciptaan Adam. Ia kagum dgn ciptaan ALLAH yg istimewa ini, namun ia tak boleh menerima kelebihan itu menjadi milik makhluk lain bernama manusia, anak2 Adam. Lantaran itu, ia lontarkan kekagumannya dgn keangkuhan di hadapan ALLAH. Sesungguhnya, keangkuhan itu hanya milik ALLAH. Lantaran itu, tanpa kompromi dan soal jawab, laknat ALLAH terus menimpa Azazil. Azazil yg suatu ketika dulu adalah salah seorg malaikat yg dihormati dan banyak amalnya.
Alangkah...jika hari ini kita mampu melakukan ketaatan kepada ILAHI, takkan pernah kita tahu bahawa kita akan menjadi makhluk yg mendurhakaiNYA. Dan...segalanya kerana pilihan kita sendiri. ALLAH tak suka akan hambaNYA yg ingkar, sombong dan dengki. MasyaALLAH, kisah ini sebenarnya mengnadung pengajaran yg sarat utk manusia dalam menjalani kehidupan seharian yg takkan pernah ditinggalkan oleh 'pembisik yg tenggelam timbul'.
Dan, sesungguhnya...Ya ALLAH, aku mohon perlindunganMU semata2 daripada godaan dan bisikan syaitan. Jangan KAU hias diri ini dgn sifat syaitan. Hiasi diri ini dgn iman yg teguh dan takut yg hakiki, kepadaMU semata2.
(Kadangkala sedih mengenangkan diri yg sering hanyut dalam lautan emosi yg mungkin diayun sang syaitan...Ampunkan diri ini ya ALLAH...)