Thursday, April 22, 2010

~ SPS ~

Alhamdulillah, TPMG (The Professional Muslim Generation) untuk pelajar Malaysia di Republik Czech telah pun lama selesai.

terasa ingin berkongsi sedikit apa yg terkesan di hati sepanjang program 1 hari bersama ustaz maszlee yg dijemput khas dari uk.

subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.

slot pertama diisi dengan pembentangan oleh ustaz mengenai tema tpmg tahun ini, Super Power Student (SPS). pembentangan ustaz tak seperti kem2 motivasi atau bijak belajar yg biasa. menarik sekali point yg diutarakan oleh beliau. insyaALLAH, saya akan cuba kongsi apa yg saya faham drpd pembentangan beliau.


Pabila kita bercakap tentang 'super', kita merujuk kepada 'supremacy'. kita akan menjadi super mengikut acuan supremacy yg kita fahami. waktu ni, ustaz telah membuka mata saya bhw kita seharusnya memandang supremacy itu pd deen kita yg mulia. apa lagi kemuliaan yg lebih tinggi drpd kemuliaan ILAHI utk hamba2NYA yg berpegang teguh dgn taliNYA?


jadi, ustaz telah mengajukan bahawa kita seharusnya membuang euro-centrism yg bersarang dalam minda kita. apa makna euro-centrism? itulah keadaan bila kita memandang apa yg ada pada eropah itu adalah suatu yg hebat dan apa yg kita buat pun berpaksikan kehebatan eropah itu.


pada pandangan saya, contoh yg kita boleh beri ialah apabila kita semua rasa excited sangat utk pergi sambung belajar di negara2 eropah. cuba beritahu saya berapa ramai yg merasa sgt2 ingin pergi menyambung belajar di bumi anbia' seperti mesir, jordan, makkah, madinah? ada tak yg berhajat nak hntr anak belajar di negara2 islam seperti iraq, pakistan, iran? kurang kan?


selalunya org akan fikir nak anak g uk ireland australia. kalau tak dpt, baru lah fikir nak hantar ke mesir, jordan etc. mgkn ini pemikiran yg dah berubah, tp itulah jua yg pernah didoktrinkan dalam cara fikir kita. wallahu a'lam pada org lain, saya sendiri mengaku utk itu.


bila kita buang euro-centrism, kita kena gantikan dgn apa ek? so, point kedua ustaz ialah kita kena membangkitkan kembali izzah (rasa bangga) terhadap islam. ni ayat saya la...kita lihat sejarah ummah, bukankah umat islam itu pernah menjadi rujukan, kuasa yg dihormati dan peneraju kemajuan dunia?


kita harus menjadi seorang yg melihat dunia dgn sudut pandang tauhid. maknanya, menjadikan tauhid sebagai asas semua yg ingin dibuat. iaitu dgn rasa kehambaan yg sentiasa tunduk, dan menjadikan syariat sbg neraca pertimbangan.

practically, maknanya kena rasa bhw diri berada di dunia ini tidak sia-sia bahkan harus menjadi seorg yg bermanfaat kpd alam dan manusia.


kena berpaksikan apa yg ingin dilakukan pd apa yg ALLAH suka. ALLAH suka tak saya belajar camni? ALLAH akan redha tak pada saya kalau saya buat begini?


teringat lagu aku hanya umar, oleh hijjaz...
'kemuliaanku kerana islam'.

adakah kita juga merasakan demikian? islam ini sememangnya mulia namun kdg kala kesucian dan kemuliaannya dicalit oleh keburukan umatnya.


insyaALLAH, mari sama2 berusaha membetulkan sudut pandang kita agar langkah kita akan lebih lurus. mari menjadi super power student!

Friday, April 2, 2010

Pemerintah Alam



"Segala puji bagi ALLAH, Rabb sekalian alam." (Al-Fatihah:2)


Puji-pujian itu hanya milik Yang Maha Esa. Rabb kepada sekalian alam.


Perhatian! 

Rabb sekalian alam! 


Alam bukanlah merujuk kepada manusia sahaja, tak termasuk pokok-pokok, bintang-bintang, haiwan, bunga dan lain. 


Alam juga bukanlah hanya merujuk kepada pokok-pokok, bintang-bintang, haiwan, bunga dan lain tanpa manusia. 


Bahkan alam ini terdiri daripada alam semula jadi dan manusia sendiri. 


Maka, ALLAH sebagai Rabb bagi kedua-duanya...semuanya, yg terlihat atau tersembunyi, besar atau kecil...


Rabb? 
Antara makna yang terkandung dalam kalimah ini ialah al-malik, pemilik... Rabb al-a'lamin = pemilik sekalian alam.


Setiap pemilik pasti ada haknya, maka ALLAH sebagai pemilik alam memiliki hakNYA ke atas alam ini. antara hak pemilik ialah menentukan hukum. 


Pabila kita melafazkan kalimah syahadah, kita bahkan telah menyatakan ikrar bahawa ALLAH lah penentu hukum yang paling berhak. hukumNYAlah yg paling-paling berhak ditegakkan di atas muka bumi ini...


Lalu...


mari renungi sekeliling. adakah hukum ALLAH yang sedang mengatur kehidupan manusia hari ini? berhakkah kita sebagai makhluk yang dicipta untuk cuba mencari dan memikirkan hukum yang lebih baik daripada hukum yang ditetapkan oleh Pencipta kita? 


Berani melawan hukumNYA? Beraninya kita di dunia adalah kerana kita belum lagi berhadapan dgn hukum ALLAH di akhirat ; siapa yang menolak hukum ALLAH akan ditimpa azab yang keras. kerana kita masih belum melihat sendiri betapa besar dan maraknya jahannam yang akan mengait-ngait manusia yang ingkar ke dalamnya. 


Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...



Thursday, April 1, 2010

Masih Di Sini?




Jalan ini, 
Jalan orang dahulu,
Jalan mereka yg tidak gentar,
Pada ugutan manusia,
Pada ancaman hilangnya harta dan pangkat,
Pada sedihnya hilang ahli keluarga yang disayangi.

Jalan orang-orang yang sabar, 
Sabar menerima kepayahan, 
Menerima kesukaran, 
Kesukaran melaksanakan yang sepatutnya,
Kesukaran menunaikan  perintahNYA,
Perintah Rabb yang dicintai,
Ilah yg dirindui.

Jalan ini zahirnya sempit,
Sehingga ramai yang mengundur diri,
Mengalah dengan kesempitan itu,
Hingga ramai yang tewas,
Membiarkan nafsu memenangi kebenaran,
Hingga ramai yang lesu,
Lalu bermalas-malasan dan bertangguh-tangguh.

Namun, 
Masih lagi kaki berpijak di jalan ini,
Mengapa?
Hanya dan hanya kerana,
ALLAH masih memilihmu...

'Sesungguhnya Al-Quran itu adalah peringatan bagi seluruh alam. (iaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki oleh ALLAH, Rabb sekalian alam.'   (At-Takwir : 27-29)