Jalan ini,
Jalan orang dahulu,
Jalan mereka yg tidak gentar,
Pada ugutan manusia,
Pada ancaman hilangnya harta dan pangkat,
Pada sedihnya hilang ahli keluarga yang disayangi.
Jalan orang-orang yang sabar,
Sabar menerima kepayahan,
Menerima kesukaran,
Kesukaran melaksanakan yang sepatutnya,
Kesukaran menunaikan perintahNYA,
Perintah Rabb yang dicintai,
Ilah yg dirindui.
Jalan ini zahirnya sempit,
Sehingga ramai yang mengundur diri,
Mengalah dengan kesempitan itu,
Hingga ramai yang tewas,
Membiarkan nafsu memenangi kebenaran,
Hingga ramai yang lesu,
Lalu bermalas-malasan dan bertangguh-tangguh.
Namun,
Masih lagi kaki berpijak di jalan ini,
Mengapa?
Hanya dan hanya kerana,
ALLAH masih memilihmu...
'Sesungguhnya Al-Quran itu adalah peringatan bagi seluruh alam. (iaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki oleh ALLAH, Rabb sekalian alam.' (At-Takwir : 27-29)
9:42
ReplyDelete