Sunday, May 30, 2010

Insan Terpilih

nak share video ni.... (http://www.youtube.com/watch?v=IaV4ajp3kuQ)


saya teringat seorg kawan saya pernah kata, ALLAH sgt MEMILIH, picky, choosy thdp hamba2NYA. hanya org2 tertentu yg dipilihNYA utk menggalas tugas mulia, menjunjung risalahNYA di muka bumi. lihat sahaja, para rasulNYA adalah golongan yg terpilih. satu antara seribu manusia yg hidup di suatu zaman, ALLAH telah memilih seorg hambaNYA utk menjadi pendukung & penggalas kalimah agung, kalimah tayyibah ; LA ILAHA ILLALLAH. 

masyaALLAH, hamba2NYA yg terpilih ini pula dgn penuh ketundukan & keimanan, menerima amanah berat itu & berusaha sedayanya utk menyampaikan kpd insan2 di sekelilingnya. walaupun hasilnya kadangkala begitu mengecewakan. 

renungilah kisah Nuh as, yg dakwahnya hampir satu kurun namun yg ikut tunduk kpd ALLAH hny puluhan (ada kata 80 lebih, ada kata 10 org saja). 

renungilah kisah Ibrahim as, cinta yg begitu mendalam kpd ALLAH & kebenaran memungkinkan baginda utk menunaikan apa sahaja perintah ALLAH. walaupun pastinya hati seorg suami & ayah akan terhiris tatkala meninggalkan anakanda & isteri di tgh sahara, tatkala anak yg jarang sekali berjumpa diperintahkan ALLAH utk disembelih. (http://saifulislam.com/?p=192)

renungilah junjungan besar kita, Rasulullah saw, yg waktu kecilnya dipenuhi kisah penuh duka; kehilangan ayah sblm melihat dunia & kehilangan ibu ketika diri begitu dahagakan belaiankasih ibu. renungilah bagaimana kesabarannya sentiasa diuji tatkala bapa saudara sendiri begitu lantang menyatakan penentangan trhdp da'wah yg dibawa baginda. 

sesungguhnya, manusia2 ini adalah manusia pilihan ALLAH utk menjadi obor kpd ummah. rantaian yg tak pernah berhenti drpd manusia pertama, bapa sekalian manusia, Adam as sehingga kpd baginda Rasulullah saw. 

janji ALLAH tak pernah padam. bumi ini pasti akan disimbahi rahmat islam seluruhnya dgn adanya insan2 terpilih sepanjang zaman, insan yg DIA pilih utk menerima hidayahNYA. dgn mukijzat agung Muhammad saw yg masih terpelihara hingga hari ini, DIA akan  membimbing insan2 terpilih utk menjadi obor & pelita kpd ummah. pelita utk menunjuk jalan kembali kpd ALLAH & kebenaran. kerana sesungguhnya ALLAH adalah setinggi2 kebenaran, yg MAHA BENAR atas segala kebenaran. 

wahai insan2 terpilih, jgn pernah terfikir utk lari menolak pemilihan ALLAH ini. walaupun dgn terpilihnya diri itu membawa erti bahawa diri akan dibebani beban yg berat. kpd ALLAH jualah kita berserah & mohon kekuatan utk memikul amanah itu kerana hanya DIA sumber kekuatan. 

La haula wala quwwata illa bi ALLAH.

~Wallahu a'lam~

Saturday, May 22, 2010

Banyak udang banyak garam

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Manusia telah diciptakan dgn kepelbagaian yg tinggi. Secara saintifiknya, jika kita memahami proses pembahagian sel utk menghasilkan gamet iaitu meiosis sendiri merupakan satu proses yg menyebabkan kepelbagaian di kalangan anak2 yg dilahirkan. Subhanallah! Masya ALLAH!

Hebat sekali ciptaan ALLAH! Berbillion-billion manusia wujud di muka bumi ini dan semuanya sgt tidak sama antara satu sama lain.

Utk semua manusia yg pelbagai ini DIA kirimkan satu sistem yg terbaik utk menjadi pegangan semua. Hanya satu sistem. Secara logiknya, kita akan mempersoalkan realibiliti sistem ini. tapi, sesungguhnya sistem ini adalah sistem yg begitu komprehensif utk dilaksanakan oleh semua manusia. ini secara teorinya...teori yg diimani oleh hati2 yg yakin akannya..

Itulah ISLAM.

Teorinya begitulah, begitu sempurna & terbaiknya islam utk seluruh manusia. Namun, realitinya...mari kita renungi pd diri sendiri.

Ia suatu sistem yg perlu disesuaikan oleh diri mereka yg meyakininya. Bukannya sistem yg perlu disesuaikan dgn diri2 yg begitu, sangat pelbagai. Pastinya, sistem itu akan rosak binasa jika mengikut kehendak2 yg pelbagai. Seperti pepatah inggeris, 'more than one chef spoil the cook'.

MasyaALLAH, mari renungi diri. kita ada pelbagai kerenah. kerenah yg kadangkala memeningkan kepala orang2 di sekeliling kita. jadi, adakah apa yg kita lakukan selama ini memeningkan sistem terbaik yg diturunkan ALLAH ke bumi ini?

Wahai diri, renungilah, dan renungilah...

Thursday, May 13, 2010

Iqra'

"Bacalah dgn nama Tuhanmu." (al-alaq : 1)

Dengan nama tuhanmu...ALLAH...
kalimah yg sering kali diungkapkan
namun, adakah ia benar-benar merajai diri kita?

adakah setiap atur kata,
jeling pandang,
senyum sengih,
sentuhan dan langkah,
setiap tindakan kita..keranaNYA?

besar sekali makna kalimah ini...

ayuh, mulakan segalanya dgn 'BISMI ALLAH' ~bukan sekadar lafaz, tp dgn tingkah juga...

mari sambut seruan ini....http://irm10.blogspot.com/