Saat kaki melangkah keluar
Pakaian akan disarung
Perlu diingat
Haruslah bijak mengatur langkah
Kerana di hadapan terbentang halangan nan seribu
Hati-hati!
Ada batu, duri, jalan yg bengkang bengkok
Bahkan ada juga pokok-pokok yg tumbuh bukan pada tempatnya
Hati bimbang
Andai tidak berhati-hati
Padah kan menimpa diri
Bimbang juga
Andai duri yg dilanggar menyebabkan terkoyaknya baju yg tersarung
Sehingga mungkin akan menghiris kulit
Aduh, sakitnya!
Pedih! Perit!
Namun, perit lagi pabila baju yg tersarung tak mampu menjaga kehormatan diri
Bila kulit sudah tak mampu dilindungi oleh baju itu
Si baju juga turut terluka
Adakah apa yg dirasainya tidak perlu difikirkan?
Pasti selepas ini pemakainya akan membuangnya terus
Membiarkan ia menjadi buruk dan busuk
Sehingga hanya akan dikutip oleh si pengemis
Atau, mungkinkah pemakainya akan menjahitnya kembali?
Ah, dijahit pun pasti dpt dilihat kesan jahitannya!
'Aku sudah tidak sempurna!
Kerana pemakaiku yg tidak bertanggungjawab!'
Wahai pemakai!
Mampukah menolak dakwaan si baju itu nanti?
Oleh itu,fikirlah!
Fikirlah sedalamnya
Sehabisnya
Sebijaknya
Sebelum engkau meneruskan langkahmu
Agar langkah itu nanti
Langkah yg penuh gaya
Langkah yg dinanti-nanti
Langkah yg memukau si penonton
Sehingga mereka ingin memiliki baju yg sama seperti yg dipakaimu
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sesungguhnya sebaik-baik pakaian adalah pakaian iman...
ReplyDeleteteringat sirah: iblis xberani berada di laluan yang saidina ummar nak lalu...tapi kita??sblum kluar bmacam2 setan dah hasut dah..
*sentiasalah membaca lafaz taawwudz*
shafa...xfaham apa yg cuba disampaikan...lampi sket...gomenne
ReplyDeletect nyer baju byk yg cantik2 =) hehe
ReplyDeleteape pon tudung2 ct plg terbaek!~ terus istiqamah eh cik ct
huda : sedang cuba menjahit pakaian terbaik tu utk diriku...
ReplyDeletedzulaikha : hurm...saya pun tak pasti haha...tp nak ckp psl islam dan diri kita kot, iman & diri kita pun bley gak... ;)
aisyah : huhu...terharu2!