Friday, August 7, 2009

Reflection Proactive Muslimah Camp (PMC)

Alhamdulillah, dengan izin ILAHI pertemuan dgn sahabat2 yg dirindui menjadi suatu kenyataan. Hati terasa sgt ingin bersama dgn teman2 di Kulsem's Day Out @ KLCC, namun DIA ada perancangan tersendiri utkku. Masih mencari hikmahnya. Andai takku temui hikmahnya pun, aku tak kesal kerana aku yakin ia adalah apa yg terbaik utkku hadapi.

Memandangkan aku tiba di pudu raya kira2 jam 12.45 tgh hari, aku terus ke level b1 di sogo utk menunggu waktu solat. Tak pasti bila waktu lunch office, aku ambil keputusan utk menanti masa berlalu di surau tersebut. Hurm, tiada perkenalan yg berlaku walaupun aku berada agak lama di situ. Teringat teguran seorang sister kpdku,

'awak cakap tak kat diorg awak kawan akak?'
'tak, sbb diorg tak tny pun.'
'kalau nak jadi daie yg baik, awaklah kena tegur diorang dulu.'

Aku selalu membayangkan aku dpt menambah perkenalan di perjalanan, namun hingga kini ia hanyalah suatu angan2. InsyaALLAH, dgn kekuatan dariNYA aku akan cuba merealisasikan anganku itu dlm perjalananku yg lain pula (jika umur masih panjang).

Di Mara HQ, sempat bertemu beberapa org rakan kmb. Selesai urusan di sini, aku melanjutkan langkah ke pejabat BestEd di PJ. Terasa staminaku diuji. Hmm…mungkin org2 yg tinggal di KL sebenarnya sama banyak je kena berjalan cam org yg duk kampung. Hee…entahlah. Mungkin sbb beberapa ketika di kg sejak habis kmb ni aku byk naik motor sampai aku dh rasa malas nak jalan banyak2. Manusia mudah lupa! Bila dah biasa dalam kesenangan, mula terasa susah utk bersusah2. Benarlah peringatan utk ingat 5 sblm 5. Dalam susah, kita akan jadi kuat utk hadapi kesusahan tu tapi kalau kita dalam kesenangan kita kena kuat utk hadapi kesenangan itu. Dan,kekuatan itu tak lain harus dikait drpd pemiliknya jua, Yg Maha Kuat!

Dari PJ aku terus melangkah ke IPBA (Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa) tanpa memaklumkan warganya bhw aku akan ke sana. Betul2 gamble… Mendaki bukit kecil sblm tiba di rumah sahabat yg dituju dan melepasi pak guard yg menunggu di luar post sehingga kakiku menjejak rumah sahabatku membuatkanku melatih diri utk meletakkan pergantungan kepadaNYA. Hanya keyakinan bhw DIA akan membantuku yg menguatkan daku utk terus melangkah. Bimbang juga jika aku pergi dan tiada siapa yg akan menyambut ketibaanku di IPBA namun aku yakin akan ada jua.

Dari IPBA, aku mencari teman utk ke Serdang esok hari. Alhamdulillah, DIA permudahkan dan aku telah berkenalan dgn teacher hanis yg mengajar di NS. Merasa ke Maxwell, apartment mewah yg tak mewah ;) . Tiba di Serdang pd tengah malam seiring rombongan dari johor yg bawa kereta kak sofi tanpa kak sofi, sewaktu sahabat2 yg lain kebanyakannya sedang tidur sambil ada yg menonton 'Ashabul Kahfi'. Kak ain jadi moderator tayangan…Tak sempat pun bicara panjang dgn kak ain.

Program predeparture yg pendek tapi padat. InsyaALLAH, panduan yg diberi akan dimanfaatkan sebaiknya ketika menjadi musafir kelak. Semenjak berkenalan dgn jalan tarbiyah ini aku sedar aku byk membawa diriku mengembara. Peluang yg diberiNYA utk aku belajar di bumi Republik Czech (walaupun aku tak layak pada mulanya) adalah suatu lagi nikmatNYA utk aku terus mengembara di bumi nan luas ini. Menjadi musafir yg mencari cinta sebenar, utk melihat tinggalan org terdahulu. Andai aku ditakdirkan utk berada di bumi Malaysia pun, aku yakin jalan yg kulalui ini akan membawaku ke merata tempat. Membuatku rasa perjalanan yg aku lalui sbg perjalanan yg amat bermakna. Masihku ingat saat aku terasa kini aku mempunyai sebab utk menjelajah malaysia iaitu setelah memahami tugasku sebagai seorang khalifahNYA.

Esoknya pula, perjalanan bermula utk ke sg congkak. Hari itu, kekuatan fizikal kami benar2 diuji. Aktiviti lasak sepanjang hari ; jungle trekking, permainan bercheck point ala2 explorace gitu, war game diikuti dgn sesi curahan hati pd malamnya dan kena bergilir2 berjaga malam. Wah, terasa hariku begitu bermakna jika nak dibandingkan dgn hari2 di rumah! Tapi, walau di mana jua berada, sebenarnya kita yg menentukan hari kita bermakna atau tidak, betul tak? Muhasabah diri lagi! Buat apa kat rumah tu? Huhu…

War game yg aku lalui buat pertama kali ini mmg byk pengajarannya. Aku sedar kini bhw aku masih lagi belum memiliki keberanian utk terkorban di jalan ALLAH. Asyik nak menyorok dan menunggu peluang atau masa yg sesuai. Hakikatnya, kitalah yg perlu mencipta peluang itu. Andai semua org menunggu peluang, mungkin akhirnya peluang itu telah datang tanpa kita sedar ketibaannya. Ah, bukankah kita biasa mengungkapkan kata 'berani kerana benar, takut kerana salah'? Kebenaran yg paling benar telah berada di tangan kita menunggu utk ditunjukkan kpd semua…Subhanallah.Harus izzah trhadap al-haq yg dipegang ini! Kumohon kekuatan dariMU utk menjadi org yg berani menegakkan al-haq ini, Ya ALLAH…

Sesi curahan hati pula adalah sesi yg amat menyentuh jiwa. MasyaALLAH! Pelbagai kisah dpt didengar. Semoga menjadi bekal utk digunakan bila perlu kelak. Proses taaruf yg berpanjangan... Walaupun kita rasa dah kenal dgn sahabat kita, sesi curahan hati ni memang satu peluang yg baik utk kenal semua dgn lebih dekat. Namun, sudah semestinya tak sama dgn kita mengenali shbt kita itu melalui masa musafir bersama atau pengalaman bersama ketika susah dan senang.

Tak dilupa, perkongsian ustaz juga amat bermakna sbg suatu refreshment. Di kala diri diuji berada dlm zon selesa di rumah, peringatan yg diberi bhw syaitan sentiasa menunggu utk menyerang benar2 menyentuh jiwa. Subhanallah, peringatan yg kena pd tempatnya. Membuatkan diri sedar bhw jiwa ini sememangnya memerlukan tarbiyah. Iaitu perlu kpd peringatan2 yg membawa jiwa kembali kpdNYA pd saat dilalaikan oleh perkara2 duniawi. Membuatkan diri sentiasa sedar bhw kita sentiasa perlukan DIA. Sungguh, duniawi akan membuat kita melepaskan pergantungan kepadaNYA sedangkan apa jua selain DIA adalah bayangan dan fatamorgana semata2.

Apa yg menggusarkan hatiku adalah apa yg akanku lakukan selepas ini. Peringatan sudah diberi utk membangkitkan kembali jiwa yg mungkin terlena. Utk terus melaksanakan amanahNYA, mengajak kpd DIA. Ibu, ayah, dan adik2, sayangku untuk kalian hingga ke akhirnya! Semoga ALLAH bukakan hati kalian utk memahami, semoga ALLAH tetapkan hatiku utk terus berada di jalan ini, semoga pergantunganku hanya kepadaMU…AMIN

No comments:

Post a Comment