Friday, November 6, 2009

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali org yg beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran. " (Al-Asr : 1-3)

Masa adalah kehidupan...pernahku ungkapkan kalimah ini dalam blog ini. dalam surah yg pendek ini, Surah Al-Asr, ALLAH telah bersumpah dgn masa. Mengapa harus bersumpah dgn masa? Kehidupan manusia adalah dalam lingkungan masa atau tempoh. Kita juga telah diberi masa yg tertentu sahaja utk meminjam kehidupan di dunia ini kerana akhirnya kelak kita akan kembali kepada Pencipta, Al-Khaliq, semua daripada kita akan kembali kepadaNYA.

Di sini ALLAH ingin memberitahu kita bahawa kehidupan yg dipinjamkan kepada kita ini hanya mendatangkan kerugian kepada kita jika manusia tidak melakukan apa yg ALLAH sebutkan dalam ayat seterusnya ; beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran.

Mengapa disebutkan ttg beriman dahulu? iman itu ialah meyakini dgn hati, mengaku dgn lidah dan membuktikan dgn perbuatan. Iman itu menyeluruh sifatnya, ia perlukan 'devotion' atau keyakinan yg meliputi setiap komponen dalam diri seorang manusia. Iman itu cacat jika hanya meyakini dgn hati tanpa dilafazkan dan dinyatakan keimanan itu atau hanya beriman tp tak mahu melakukan apa yg membuktikan keimanan. Contohnya, kita yakin bahawa pertemuan dgn ALLAH (hari kiamat) itu pasti tapi kita tak mendirikan solat. Bukankah pada hari akhirat nnt kita tahu bahawa kita akan disoal ttg amalan kita dan amalan pertama yg akan dihisab ialah solat? Di sini, tanpa kita sedar ada masalah atau 'disorder' pd iman kita...

Iman itu ada turun naiknya...Itu adalah ketetapan ALLAH terhadap iman manusia. Kerana itulah kita diajar dgn satu doa ; "Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hati2 kami di atas agamaMU."

Seperti DNA yg letaknya dalam nukleus sel, hati manusia adalah nukleus iman itu...Iman adalah DNA yg menyimpan segala kod aktiviti sel. Sel itu ibarat seorg manusia. Mungkin analogi ini boleh memudahkan kita utk memahami peranan iman itu dalam kehidupan kita. Wallahu a'lam, sekadar pandangan saya...Dgn kata pendeknya, iman itulah yg menjadi penggerak kepada aktiviti manusia itu.

Apabila iman yg disimpan dalam hati itu adalah iman yg benar, buahnya adalah amal soleh itu..berfungsilah sel itu.

Kesimpulannya, ayuh kita cari iman yg luhur itu agar ia menjadi DNA yg mengekodkan kebaikan utk dirinya dan org lain juga. Biarlah iman itu yg menjadi driving force utk kita melakukan sesuatu. jgn kerana benda2 lain yg hanya bersifat sementara. kita tak mahu menjadi seperti sel yg hanya bergerak kerana pengaruh persekitaran; bahan kimia atau bahan2 asing. Biarlah kita menjadi sel yg bergerak kerana maklumat daripada DNA yg dinyahkodkan...


-Tamat Siri 1, insyaALLAH akan menyusul Siri 2-

No comments:

Post a Comment