Tuesday, March 9, 2010

Faham memahamkan

Bukan mudah membuatkan org faham sesuatu.

ungkapan yg kadang2 diulang tp baru kini kufahami. mungkin kita rasa mudah utk memahami sesuatu yg sukar utk difahami oleh org lain. tp sememangnya kita takkan sedari payahnya memahamkan org lain seperti yg kita faham sehingga kita sendiri cuba utk memahamkan org itu.

sebelum kita boleh memahamkan org lain, kitalah yg pertama2 harus memahami. memahami haruslah dgn menggunakan hati. kerana telah ALLAH ciptakan ia utk peranan itu; memahamkan manusia.

tidak! kita harus memahami alam dan org di sekeliling etc dgn akal kita. kerana akal itu pertimbangannya adalah logik.

yeke?

mari kita renungi sekeliling. adakah semua bende di sekeliling kita dpt diterangkan dan difahami dgn menggunakan akal? akal perlukan sesuatu yg solid, tp tak semua bende sifatnya tangible kan? ada sesiapa boleh berikan fiziknya perasaan?

begitulah sunnatullahNYA, apa yg fizikal akan dilengkapkan oleh yg fizikal. apa yg intangible akan dilengkapi oleh yg intangible juga.

mata dpt mentafsir yg nampak, hati pula akan menafsir apa yg ghaib.

ingin kenal ALLAH?

ALLAH itu ghaib, tak terlihat oleh pancaindera, tak terdengar oleh telinga, tak tercapai oleh tangan.

maka, gunakanlah hatimu kerana jika hanya mata, telinga, tangan yg cuba mengenalnya, pasti pancaindera ini akan menipumu. sehingga akhirnya diri menolak wujudnya DIA.

namun, bukanlah bermaksud diri ini menafikan peranannya pancaindera utk kita mengenal DIA. kerana tidak DIA jadikan sesuatu itu dgn sia2. jika tidak, mengapa sebahagian ayat2NYA mengisahkan ttg alam fizik dgn penerangan yg mengagumkan? tidak lain, semata2 utk membuka mata manusia sehingga mengetuk hatinya utk melihat dunia ini dgn hatinya juga. kerana adakalanya, manusia hanya melihat dgn pandangan mata, terlupa utk memahami dgn hati bahawa itu semua adalah tanda2 wujudnya DIA.

kesimpulannya, fahamilah apa di sekelilingmu dgn hati...
lihatlah, rasalah, dengarlah dgn pancainderamu utk menguatkan hatimu...

p/s : gunakan semua yg ada utk melihat dgn pandangan yg tulus, seorg hamba yg mencari tuhannya..  =)

3 comments:

  1. untuk melihat dengan hati, perlu rasanya kita menyingkap dulu hijab dosa yang menyelimuti hati.

    astaghfirullahal'azim. .

    ReplyDelete
  2. yup..hati perlu bersih utk memahmkan apa yang perlu difahamkan.. jika tidak, ikut hati mati, ikut rasa binasa.. nice post..(^^)

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah dari kami..

    ReplyDelete