Friday, January 29, 2010

Selfish

24 jam sehari...
bagaimana kita gunakan masa itu?
Mesti banyak berfikir tentang diri sendiri, kan?
Mestilah...
Perlu ke nak fikir pasal org lain?
 
Mungkin hanya bila org itu adalah org yg istimewa..
seperti ibu bapa kita,
adik beradik kita...
org yg kita sayang

Bila sebenarnya kita berfikir ttg org lain?
Ataukah kita hanya sibuk memikirkan tentang diri sendiri?
Sehinggakan, pabila ada org yg perlukan kita
Kita tak sedar pun...
kenapa? 
kerana kita sdg asyik memikirkan ttg diri kita...


kepada semua yg mengenali diri, maafkan saya jika saya buat seperti apa yg saya coretkan di atas. maaf andai terlepas pandang akan hak kalian atas diri saya...diri yg lemah ni sedang belajar...belajar utk tidak SELFISH.

Thursday, January 28, 2010

Hati...hati...hati

Hati ...
adalah bejana ALLAH di dunia
menjadi bekal buat makhluk terbaik yg diciptakanNYA
tempat ALLAH memancarkan cahayaNYA
hidayahNYA
kasihNYA
rahmatNYA

Namun,
manusia ini telah dikirim dgn musuh
musuh yg sentiasa
sentiasa cuba membisikkan
membisikkan kejahatan
kejahatan yg tersembunyi
tersorok
tertimbun di sebalik kebaikan

ALLAH Maha Pengasih...
Dia kirimkan ayat-ayatNYA
sebagai panduan
sebagai hidayah
sebagai obor penerang jalan hidup


Friday, January 22, 2010

Senyum



Senyum seindah suria yg membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum


Senyum itu sedekah....

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)


Semoga terus tersenyum dalam menghadapi kehidupan seharian yg penuh dgn cabaran yg kadangkala membuatkan diri sukar utk tersenyum.

Sukarkah utk tersenyum?
Ya, bg sesetengah orang. Sesetengah org memang sukar utk tersenyum sehinggakan org lain menjadi takut utk mendekatinya. Takut mendekati kerana menyangka org ini tak suka didekati. Sedangkan mungkin org itu sedang kesunyian sebenarnya. Siapa tahu hati manusia?

Senyumlah kepada sesiapa sahaja kerana mungkin senyuman kita itu mampu menghilangkan sedikit resah di hati orang yg melihat senyuman itu.

Senyumlah kerana mungkin dgn senyuman kita itu org yg sedang gementar menjadi tenang.

Senyumlah, kerana mungkin hati sendiri yg sedang gelisah akan menjadi tenang.

Namun, jagalah senyuman kita...jangan kerana senyuman kita, ada yg tidak boleh tidur lena kerana asyik teringatkan senyuman itu.

Ketenangan hati sendiri yg disalurkan kepada org lain melalui sebuah senyuman itu bukanlah pula bermakna kita mampu membuatkan hati org lain senang...itu semua adalah dgn kehendak dan izin ALLAH jua..

Kita hanya perlu melakukan apa yg disukai ALLAH dan RasulNYA. Impak dan kesannya itu, serahkan pada yg MAHA KUASA dan MAHA HEBAT.

Semoga dgn sedikit amalan drpd sunnah rasulnya itu, kita mampu menyumbangkan keamanan dalam masyarakat hari ini yg sekarang ini makin sibuk dgn urusan dunia, menyumbangkan keamanan dalam masyarakat yg dihidangkan dgn pelbagai peperangan yg sama sekali bertentangan dgn nilai murni fitrah manusia...insyaALLAH...

Tuesday, January 12, 2010

Taqwa Itu

Taqwa itu pakaian terbaik...

bagaimana taqwa itu menjadi pakaian? terdetik di hatiku..

1. taqwa itu ialah perasaan takut kpd ALLAH yg menjadikan kita hamba yg berhati2 dalam melakukan sesuatu dan menjadi pendorong utk menambahkan amal kebaikan...di samping menjadi neraca pembeza antara yg benar dan batil

2. pakaian itu fungsinya adalah menutup bahagian tubuh yg tak wajar dilihat oleh org lain (aurat =) ).

bayangkan, jika perasaan takut itu sentiasa membalut setiap sel pd tubuh...bahagian manakah yg akan melakukan kemaksiatan kpd Rabb?

(39:23) ayat ni mungkin boleh memberi kita gambaran bagaimana taqwa itu menjadi pakaian terbaik buat seorg muslim.. bagaimana kulit menjadi gementar pabila dibacakan dan diulang2kan ayat2 ALLAH...bukankah kulit itu organ terbesar yg meliputi seluruh badan manusia? tanpa pakaian, kulitlah yg menjadi pakaian.

jika kulit itupun dihantui dgn perasaan takut kpdNYA, pastilah itu jua yg akan menjadi pakaian terbaik shg mendorong anggota lain utk mencari kain2 utk menutup tubuh badan dgn pakaian yg baik. dan di akhirat kelak, apa lagi pakaian yg ada? bukankah kulit jua? dan beruntunglah kita sekiranya kulit itu dibina dan dihias dgn ketaqwaan yg hakiki kpd Rabb dan Ilahnya...

smg kita terus lemas dlm ketakutan kepadaNYA. jika kita umpamakan diri sebagai seorg yg dilemaskan dalam ketaatan kpdNYA, takkan pernah ada masa utk kita merasa diri ini kuat. takkan pernah kita memberi diri masa utk merasa tidak perlu bergantung kpd ALLAH. subhanallah, bukankah utk istiqamah merasakan diri selalu bergantung kepadaNYA itu adalah payah? smg kita terus kelemasan dlm ketaqwaan...insyaALLAH.

Saturday, January 2, 2010

Pendukung Kebenaran

Siapa kita?

Kita adalah manusia, makhluk paling istimewa yg ALLAH ciptakan di muka bumi. Namun, tanpa kita sedari, istimewanya kita pun adalah sebuah pemberian, bukan suatu pemilikan. Maksud saya, kita hanya meminjam pemberian dan nikmat ALLAH yg telah disediakan pd penciptaan kita. Kelak, kita akan kembali kepadaNYA. Jasad akan kembali ke bumi kerana pada asalnya kita adalah drpd tanah. Roh akan kembali kpd Rabb kita kerana ia ditiupkan oleh ALLAH ke dalam jasad sang embrio. Walau banyak kelebihan dan kemampuan, harus diingat kita adalah HAMBA yg FAQIR, hamba yg harus menurut perintah Pemilik Dirinya yg tiada memiliki apa2. Keluarga, harta yg kita usahakan, kebijaksanaan dan kepandaian....adakah semua itu milik kita? ada masanya ia hilang drpd kita, kan? kalau ia memang hak mutlak kita, pasti ia akan sentiasa kita miliki, tp ia adalah milik yg Maha Memiliki...

Di mana kita?

Kita berada di sebuah alam...Alam dunia yg merupakan hanya persinggahan kita menuju ke alam akhirat yg abadi. Alam dunia yg sebenarnya sgtlah pendek.

Utk apa kita berada di sini?

Mengapa kita harus ada di dunia ini? Adakah sekadar utk memiliki sebuah keluarga dan kerjaya yg baik?


Manusia itu semuanya sama..tp apa yg membezakan antara manusia ini adalah apabila manusia itu faham mengapa ia berada di suatu tempat dan masa tertentu. Tambah menjadikan manusia itu lebih istimewa, jika manusia itu menjadi pendukung kebenaran.

Apakah kebenaran yg harus didukung itu?

Sesungguhnya, tiada yg lebih benar melainkan yg benar. Kebenaran itu adalah apa yg terkandung dalam kalimah ringkas ini ; LA ILAHA ILLALLAH. ringkas pd tulisan namun berat pada pengertiannya...

Inilah kebenaran yg paling benar yg menjadikan kalimah ini menjadi suatu kalimah yg amat berat timbangannya. Jika ditimbang kalimah ini dgn seisi dunia, pastinya kalimah ini lebih berat timbangannya.

Apa maksud kalimah ini?

Tiada Ilah selain ALLAH. Ilah itu bukanlah hanya bermaksud Tuhan...Istilah Tuhan itu difahami dgn begitu cetek oleh manusia amnya, oleh muslim khasnya. Alangkah sedihnya, bila seorg yg mengaku bertuhan tidak memahami erti tuhan itu. Jika hanya didefinisikan dgn kosa kata bahasa melayu, sempitlah jadinya pemahaman seorg muslim akan tuhannya, ALLAH. Namun, bahasa arab itu sgt luas perbendaharaan katanya sehingga dgn kalimah 'ILAH' itu, org2 arab jahiliyah amat takut utk mengikat diri dgn ucapan LA ILAHA ILLALLAH. Kalimah ILAH itu sendiri mengandung makna lain yg boleh membuatkan kita faham siapa tuhan kita.

Inilah kebenaran yg paling berat yg mengisi setiap ruang di atas muka bumi ini. Bila ALLAH menerangkan ttg kejadian alam yg sgt teratur dalam al-Quran, ALLAH ingin berbicara dgn hati, akal dan pancaindera kita bahawa akuilah HANYA ALLAH ILAH (yg berhak disembah) bg alam ini. Tanpa kehendak dan izinNYA, tiadalah wujudnya alam ini. Itulah kebenaran yg dibawa oleh kejadian alam...dan yg lebih dekat, kejadian diri kita sendiri.

Kita makhluk yg istimewa tp jika kita tidak menjadi pendukung kebenaran terbesar dan terhebat ini, kita tidak akan istimewa dan mulia di pandangan ILAH kita. ALLAH mengiktiraf org yg mengajak manusia utk melihat dan mengakui kebenaran yg hakiki itu (LA ILAHA ILLALLAH) bhw perkataan mereka adalah perkataan terbaik. (41:33)

Jadi, mengucapkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH ini bukan sekadar lafaz, tp ia adalah suatu kemuliaan yg ingin diberikan oleh ALLAH kpd makhlukNYA yg paling istimewa.

Namun, tidak semudah itu utk melabel dan mengaku diri sebagai pendukung kebenaran kerana semuanya berkehendakkan bukti drpd pengakuan itu. Dan, telah tertulis dalam lembaran sejarah bhw pendukung kebenaran pastinya akan melalui jalan hidup yg penuh kesulitan dan kepayahan. Kisah hidupnya dilukiskan dgn pengorbanan tanpa henti, bahkan mungkin terluka dan terkorban nyawa.

Nabi Nuh ; umatnya menutup telinga dan menarik baju menutup kepala pabila baginda cuba menyeru utk mengesakan ALLAH.

Nabi Musa ; harus melayan kerenah Bani Israel yg degil dan sering lalai setelah menerima kebaikan drpd ALLAH.

Nabi Hud dan Nabi Lut ; didustakan oleh pengikutnya dan ditolak seruan rasul2 ini agar meninggalkan perbuatan buruk mereka.

Rasulullah SAW ; bagaimana baginda diperlakukan oleh bapa saudara baginda sendiri. bagaimana baginda dibaling batu ketika cuba membawa islam ke thaif.

Pelik tak? ALLAH amanahkan kita utk mendukung kebenaran ttgNYA, tp DIA kirimkan pula kepayahan dan kesusahan itu apabila kita memilih utk mendukungnya.

Payah, memang payah...namun, bukankah utk para rasul ini ALLAH janjikan syurga utk mereka?

Jika difikir secara berjual beli, kesusahan itulah harga kpd syurga yg dijanjikan utk pendukung2 kebenaran. Itu sahaja...jadi tak pelik pun apa yg ALLAH tetapkan utk pendukung kebenaran...kerana secara materialistiknya, setiap benda ada harganya yg perlu dibayar.

Tak teringinkah kita bersama dgn para rasulNYA yg dikasihiNYA? Dan persoalan yg lebih utama, tak teringinkah kita mendapatkan cinta dan redha ALLAH kerana sebenarnya, itulah cinta yg paling benar?