Sunday, February 8, 2009

Sungguh?


'Jika awak betul2 nak berjuang untuk Islam, buatlah betul2.Jihad tu ialah bersungguh2 hingga tak larat,kan?So,buatlah sampai tak larat.'

Pesanan terakhir yg kuterima drpd seorg sister…(terakhir utk pertemuan itu)
Ia merupakan suatu pesanan yg bermakna buatku,ringkas tp padat utk kufikirkan dan renungkan ke dalam diriku sendiri..

Hati ini sering tertanya2,tentang perkara yg rasanya tak perlu kutanya. Namun, kehadiran sahabat2 lain akan mengingatkan dan memberitahu. Harus diingat,tidaklah setiap kata yg dituturkan bakal memberi kita sesuatu kerana yg memberi hidayah itu hanyalah ALLAH. Tersentaknya hati kita terhadap kata2 seseorang bukanlah bermakna kata2nya memberikan perasaan itu. Itu hanya menjadi sebab utk kita merasai satu lagi peringatan daripadaNYA. Setiap masa,ayat2NYA berlegar2 di ruang kehidupan kita.Bukankah kita melihat beredarnya siang ke malam? Bukankah kita membaca ayat2 Al-Quran selepas mendirikan solat? Bukankah kita bercerita ttg bagaimana kita terselamat drpd 'terkantoi' sesuatu? Tidakkah itu menjadi petanda kehadiranNYA yg mengatur kehidupan kita?

Maha Suci ALLAH! Pesanan itu merupakan satu loceng amaran kpdku bahawa aku tak harus berlengah2 dan membuang masa.Setiap masa yg ada adalah masa berharga utk mengajak manusia kepadaNYA.Bahkan ia menjadi motivasi buatku untuk berusaha lebih gigih dlm tugasku menuntut ilmu ;) .

Semoga ALLAH membimbing diri ini kepadaNYA dlm setiap tindakan yg kuambil.Takkan kumiliki kekuatan utk terus berada di dunia yg penuh cabaran ini tanpa kekuatan yg diberi olehNYA…

Apalah gunanya jika apa yg aku lakukan di dunia sementara ini hanya utk menjadi manusia yg beruntung sedang DIA tidak redha padaku?Jika aku terus mencuba utk memenuhi kriteria seorg hamba yg akan mendapat balasan syurga hingga akhirnya aku tidak melihat DIA sebagai matlamat utamaku, pasti amalan2ku yg kulakukan menjadi ibarat debu yg berterbangan, banyak tp tidak memberi manfaat padaku sebaliknya hanya memedihkan mataku.

Semoga aku tidak termasuk dlm golongan yg hanya melihat amalanku berderai sia-sia di hadapan mataku sendiri.

No comments:

Post a Comment