Thursday, December 31, 2009

Mengapakah??

Entah kenapa
Banyak sekali yg inginku bicarakan
Dan inginku kongsikan
Namun, mengapa semua seperti sukar
Utk ku ungkapkan di lembaran ini...

Ingin berkongsi...
Mungkin bukan sekarang?

Andaiku pergi dulu?

Ya ALLAH, kurniakan daku kekuatan utk menyampaikan
dgn apa jua cara...

Friday, December 18, 2009

Apakah????

Astaghfirullah....astaghfirullah...astaghfirullah...

Lemahnya diri ini, Ya Rabb
Sungguh, tiada tempat lain utk daku letakkan pergantungan
Melainkan kepadaMU

Jika mata ini dibuka dan melihat dunia dgn hati
Pasti akan kutemukan kepincangan yg mencarik2 keharmonian alam ciptaanMU
Betapa, alam ini wujud dgn penuh keharmonian
Bergerak di paksinya sbg makhluk yg sgt taat kpd perintah TuhanNYA

Pabila manusia dilahirkan ke dunia
Ia sentiasa lupa
Lupa tujuan ia dilahirkan ke dunia
Lupa peranan yg perlu dilakukan terhadap diri dan alam

Astaghfirullah
Astaghfirullah

Kupohon kekuatan dariMU ya Rabb
utk kami menjadi pendukung agamaMU...

Nahnu ansarullah....insyaALLAH... =l

Sunday, December 13, 2009

hurm....

"Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya."

hurm....
tidur semasa lecturer sdg sampaikan lecture
makan sebelum tidur
chatting malam ni, esok ada test

Zalimkah diri????????


~Tepuk dada tanya iman~

:(

>> fikir dan fahamilah....fahamilah dgn hati...semoga buahnya adalah amal yg diredhaiNYA...smg amal itu amal yg mampu menegakkan deen yg dijunjung...

Sunday, November 22, 2009

iGames 2009 @Olomouc

Alhamdulillah!!!

iGames dah berakhir dgn jayanya. tanpa kontroversi. semoga ukhwah dan persahabatan akan semakin utuh antara semua pelajar Malaysia di Republik Czech ni!

Subhanallah!!!

Perkenalan dgn kwn2 dan kakak2 mmg amat best! Aku main dgn hati yg sungguh lapang tanpa rasa tensi. Kemenangan memang jadi impian tp kemanisan berkenalan dgn saudara seislam di bumi Czech ini lebihku harapkan. Hatiku puas kerana dpt berkenalan dgn kakak2 dan kawan2 yg sgt best! Alhamdulillah!!!

Allahu akbar!!!

Semuanya adalah dalam aturanMU, Ya Rabb...Olomouc menang! Penganjuran yg berjaya insyaALLAH namun pasti ada benda2 yg boleh diperbaiki lagi. =)

Kawan2 olomouc,
Anda best! Supportive! Terima kasih, ya!

dalam iGames ni gak, aku dah jatuh cinta dgn squash! hehe... kak marina, kita turun main lagi nnt ek!

=) =) =)

Jangan lupa...Astaghfirullahal 'azhim...

Ampunkan kami Ya Ghafur utk semua silap salah kami dalam acara iGames ini! Bersihkan hati2 kami drpd salah silap kami itu, Ya ALLAH agar ia tidak menjadi titik2 hitam yg menggelapkan hati. Badan yg sihat tak bermakna apa2 jika hati kami keras dan mati. Pelihara kami drpd mengulanginya. (~pergaulan, suara, aurat, mata, lidah, tangan~ oh....astaghfirullah utk semuanya!)

Sekadar renungan, apakah niat kita ketika bermain? apakah motivasi kita ketika mengayunkan raket atau menyambut bola? kita akan dpt apa yg kita niatkan (rujuk hadis 1, Hadis 40 Imam Nawawi). jika kita inginkan kemenangan, itu kita boleh capai (tp mestilah tak semua org boleh jadi johan, kan? ;) ). hanya itukah?

atau sekadar ingin menghabiskan permainan? dah, memang dah habis....tp apa yg kita bawa pulang?
medal?
rasa sedih sbb tak menang?
rasa lega?

kalaulah hanya itu yg kita ingin dapatkan, bermaknakah masa yg kita dah habiskan di pusat2 sukan di bandar olomouc ini?

-------------

Wednesday, November 18, 2009

Ingatlah DIA

Buat hati2 yg sdg berserabut...
(iaitu) orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dgn mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd : 28)

Sunday, November 8, 2009

Teguhlah Melaksanakan PerintahNYA

"Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yg diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yg musyrik.
Dan sesungguhnya Kami memelihara engkau dari kejahatan org yg memperolok-olokkan.
(iaitu) orang yg menganggap ada tuhan selain ALLAH, mereka kelak akan mengetahui (akibatnya).
Dan sungguh Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yg mereka ucapkan,
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara org yg bersujud (salat)
Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu. "
(15 : 94-99)
Alangkah, besarnya seruan dan janji ALLAH dalam ayat2 ini.
Yakinlah, laksanakanlah perintahNYA walaupun kita akan merasa sempit kerana kesempitan itu hanya kesempitan dunia.
Bukankah kesempitan akhirat itu yg lebih patut kita takuti?
Sempit dari rahmat dan kasih sayang ALLAH di alam abadi berbanding kesempitan akibat perbuatan atau perkataan manusia yg hanyalah sementara....
sedikit benar sebenarnya kesempitan yg ditimbulkan oleh manusia itu....
kerana ALLAH sentiasa ada jika kita mendekatiNYA, menunaikan perintahNYA...
Dan bukankah DIA adalah sebaik2 pemelihara?
p/s : QUM FAANZIR!!!

Jatuh Cinta Lagi

'Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani'
Pernah dengar petikan ni? Merupakan lirik daripada lagu 'Kerana Cinta' dendangan in team dan mestica... Sgt kusetujui kalimah ini... =)
Indah kasih sayang ILAHI buat hambaNYA. Bukankah kasih sayang itu sebuah perasaan yg indah? Mengapa ia indah? Kerana ia memenuhi fitrah kita, fitrah yg merupakan kurniaan ILAHI. Fitrah yg dikirim bersama kita ketika kita hendak melangkah ke dunia yg penuh cabaran.
Dunia ini penuh dgn keindahan, namun ia keindahan yg menipu dan tak kekal. Kasih sayang yg dikirim dalam jiwa manusia melalui bekalan fitrah insani itulah yg mampu membuatkan manusia kembali kpd keindahan cinta yg sebenar; cinta kepada ILAHI. Cinta kepada Pencipta yg mengasihi kita lebih daripada kasih sayang yg mampu diberi oleh mana2 makhlukNYA. in other words, kasih dan cintaNYA buat hamba2 yg mencintaiNYA adalah cinta yg tak terbandingkan.
Bukti cintaNYA ialah pengutusan Rasul2NYA. RasulNYA telah lama pergi, tapi DIA tak tinggalkan kita terkontang-kanting utk meraih semula cinta yg sebenar. DIA tinggalkan kalam cintaNYA (aka ayat2 cintaNYA) dalam kitab yg mulia, al-Quran.
Ayat2 cinta ALLAH ini sungguh2 istimewa. Bukalah mushaf itu dgn penuh pengharapan, pasti dirimu tak dikecewakan. Ada masanya, hati2 yg sdg mencari ketenangan dan jalan keluar itu akan disentuh hatinya oleh kalimah2 cinta ILAHI buat hambaNYA itu, namun ada jua ketikanya hati seperti batu. keras dan tegar, tak terasa apa2 pabila membaca baris2 kalimah suci itu...Mungkin kerana hati kita sendiri yg masih lagi sarat dgn dosa hingga hidayah kasih dan cintaNYA tidak menembusi titik2 hitam itu...Astaghfirullah...
Namun, kerana DIAlah pemberi hidayah...DIA kurniakan hidayah buat org yg dikehendakiNYA. Serahkan saja kepadaNYA...
Pabila DIA membukakan pintu hati kita terhadap sesuatu ayat, barulah kita akan merasa keindahan kalam suciNYA. Indahnya sehingga hati terasa berbunga2...bahgia, gembira...sehingga kita ingin menjeritkan bahawa "Aku telah jatuh cinta dgn ayat2 cintaNYA!!!"
Begitu banyak ayat2 yg ditinggalkan kepada kita yg pabila kita membacanya, kita akan bertanya kpd diri "Pernah baca ke ayat ni? Tapi bestnye!!"
Aku simpulkan bahawa pengembaraan utk memahami ayat2 cintaNYA adalah pengembaraan yg tak pernah berpenghujung. pasti ada perasaan baru yg kita rasa tiap kali membaca ayat2NYA....Buatkan kita selalu jatuh cinta...
Jatuh cinta lagi...jatuh cinta lagi...jatuh cinta lagi....dengan kalimah cintaMU Ya Rabbi...
semoga ia mampu menyuburkan cinta kami terhadapMU...mari baca Quran jika anda sedang mencari cinta, cinta yg tak pernah memboringkan dan sentiasa manis...... ;)

Friday, November 6, 2009

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali org yg beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran. " (Al-Asr : 1-3)

Masa adalah kehidupan...pernahku ungkapkan kalimah ini dalam blog ini. dalam surah yg pendek ini, Surah Al-Asr, ALLAH telah bersumpah dgn masa. Mengapa harus bersumpah dgn masa? Kehidupan manusia adalah dalam lingkungan masa atau tempoh. Kita juga telah diberi masa yg tertentu sahaja utk meminjam kehidupan di dunia ini kerana akhirnya kelak kita akan kembali kepada Pencipta, Al-Khaliq, semua daripada kita akan kembali kepadaNYA.

Di sini ALLAH ingin memberitahu kita bahawa kehidupan yg dipinjamkan kepada kita ini hanya mendatangkan kerugian kepada kita jika manusia tidak melakukan apa yg ALLAH sebutkan dalam ayat seterusnya ; beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran.

Mengapa disebutkan ttg beriman dahulu? iman itu ialah meyakini dgn hati, mengaku dgn lidah dan membuktikan dgn perbuatan. Iman itu menyeluruh sifatnya, ia perlukan 'devotion' atau keyakinan yg meliputi setiap komponen dalam diri seorang manusia. Iman itu cacat jika hanya meyakini dgn hati tanpa dilafazkan dan dinyatakan keimanan itu atau hanya beriman tp tak mahu melakukan apa yg membuktikan keimanan. Contohnya, kita yakin bahawa pertemuan dgn ALLAH (hari kiamat) itu pasti tapi kita tak mendirikan solat. Bukankah pada hari akhirat nnt kita tahu bahawa kita akan disoal ttg amalan kita dan amalan pertama yg akan dihisab ialah solat? Di sini, tanpa kita sedar ada masalah atau 'disorder' pd iman kita...

Iman itu ada turun naiknya...Itu adalah ketetapan ALLAH terhadap iman manusia. Kerana itulah kita diajar dgn satu doa ; "Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hati2 kami di atas agamaMU."

Seperti DNA yg letaknya dalam nukleus sel, hati manusia adalah nukleus iman itu...Iman adalah DNA yg menyimpan segala kod aktiviti sel. Sel itu ibarat seorg manusia. Mungkin analogi ini boleh memudahkan kita utk memahami peranan iman itu dalam kehidupan kita. Wallahu a'lam, sekadar pandangan saya...Dgn kata pendeknya, iman itulah yg menjadi penggerak kepada aktiviti manusia itu.

Apabila iman yg disimpan dalam hati itu adalah iman yg benar, buahnya adalah amal soleh itu..berfungsilah sel itu.

Kesimpulannya, ayuh kita cari iman yg luhur itu agar ia menjadi DNA yg mengekodkan kebaikan utk dirinya dan org lain juga. Biarlah iman itu yg menjadi driving force utk kita melakukan sesuatu. jgn kerana benda2 lain yg hanya bersifat sementara. kita tak mahu menjadi seperti sel yg hanya bergerak kerana pengaruh persekitaran; bahan kimia atau bahan2 asing. Biarlah kita menjadi sel yg bergerak kerana maklumat daripada DNA yg dinyahkodkan...


-Tamat Siri 1, insyaALLAH akan menyusul Siri 2-

Wednesday, November 4, 2009

Jauh...Dekat

Dalam kejauhan,
aku melihat
manusia semakin alpa
semakin hilang punca
jalan hidupnya dilalui dgn penuh liku
walau yg dirasa ianya lurus, tak berpenghalang
Dalam kejauhan
aku lihat
ada hati2 yg mencari2
jalan dan dahan utk berpaut
demi memastikan hidup yg dilalui tidak sia2
Hati-hati itu
berusaha utk membersihkan
dirinya dan org2 di sekelilingnya
Dari mana datangnya rasa itu?
Rasa utk membersihkan..
rasa utk menyucikan...
rasa utk memutihkan...
daripada apa yg hitam...
gelap
pekat
kotor..
Dari ibu yg mengandungkan?
Dari sahabat yg memperingatkan?
Dari pujukan2 guru?
Itulah fitrah yg telah diletakkan dalam jiwa seorg makhluk
dikirim oleh Pencipta
utk yg dicipta
Cukuplah aku memandang dari jauh
aku harus memulakan langkahku
utk sama2 menyucikan
membersihkan
memutihkan
jiwa itu...
semoga jiwa ini akan mendekat dgn jiwa2 lain
yg juga ingin dibersihkan
walaupun jasad berjauhan
hati akan diikat oleh kasihNYA
kasih yg tiada sempadan geografi atau pangkat atau warna kulit...



p/s : buat semua, rindunye...indah jalan menuju ALLAH, jika teman (jauh atau dekat) seperti kalian ada di sisi...

Sunday, October 18, 2009

Aku Jatuh Cinta

Aku jatuh cinta !
Cinta luar biasa
Yg bisa mengubat segala derita
Walaupun terpaksa korbankan semua....

Friday, October 16, 2009

Nak Jadi Cam Dia...

'Sunyi jalan menuju ALLAH
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju ALLAH
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi'

Ini petikan sebuah lagu In-Team yg didekasi buat seorang muslimah yg hebat dalam sejarah Islam; Siti Khadijah...

Hati rasa tersentuh pabila mendengar bait lagu ini. Mengapa?

Kerana bait2 yg dialunkan melodi lagu ini memberikan daku gambaran perasaan Rasulullah terhadap Siti Khadijah, isteri baginda yg tercinta. Cinta mereka begitu agung kerana diikat oleh sebuah perjuangan agung. Perjuangan menegakkan deen yg suci. Cinta itu menjadi luhur kerana didasari cinta kpd ALLAH yg MAHA SUCI. Dihias pula dgn perngorbanan yg dibuat hanya utk menggapai cinta ILAHI. Ketenangan cinta mereka adalah pabila melihat deen ALLAH tersebar kpd umat manusia.

Ah, indah sungguh rasa itu! Semuanya kerana DIA!

Benarlah, diutusNYA Rasulullah sbg ikutan manusia utk mendekati, mencintai NYA. Orang2 di sekeliling baginda telah dididik ALLAH utk menjadi contoh insan2 yg hanya hidup utk DIA. Hidup dgn perjuangan utk menyebarkan kalimah tayyibah; LA ILAHA ILLALLAH.

Lirik yg kupetik (atas) benar2 memberikan daku sebuah perasaan utk mencontohi isteri Rasul tercinta. Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri perjuangan insan yg mencintai ALLAH....

Ya ALLAH, kurniakan daku kekuatan dan petunjukMU utk daku menjadi serikandi cintaMU...

Sunday, October 4, 2009

Indahnya...

Tarbiyah terbaik yg diterima adalah tarbiyah daripada ALLAH. Setiap orang ditarbiyah olehNYA dgn cara yg berbeza kerana ALLAH Maha Tahu apa yg terbaik utk diri seseorang utk dia mengenalNYA. Alangkah beruntung jika diri sedar bahawa apa yg dihadapi dlm hidup kita adalah tarbiyah ALLAH utk kita mengenal DIA.
Bagiku, banyak yg aku pelajari drpd org2 yg kutemui. Aku mengenal DIA melalui kaca mata insan2 yg ditarbiyahNYA. Indah! Memang indah!
Indah...aku sgt sukakan alam kerana bagiku alam ini terlalu indah. Ciptaan DIA yg harus direnung dan diperhati sbg bukti wujudnya DIA. Semalam, aku melalui sesuatu yg sungguh indah. Ditemani sang bulan purnama yg bersinar terang, langit nan cerah dihias bintang2 dan kesepian yg menyelubungi malam, aku bersama seorg insan istimewa yg ALLAH utuskan utkku belajar sesuatu drpdnya. Chit chat yg biasa2, sekadar ingin berkenalan lebih lanjut namun bagiku amat indah. Kuharap, saat itu akan dikenang oleh hati-hati kami walau tiada foto atau recording suara yg dibuat ;) .
Bagiku, inilah indahnya pertemuan kerana mengharap redha ALLAH. Bertemu demi mengenal pencipta daripada makhluk teristimewa ciptaanNYA. Ditemani ayat-ayatNYA (alam) yg sentiasa membisikkan zikir memuji Al-Khaliq. Tak pernah sediri, DIA iklankah keindahan mencintaiNYA melalui keindahan ciptaan2NYA. Kuharap keindahan ini takkan dicabut daripada jiwaku. Indahnya iman yg sedang cuba disuburkan, indahnya mencari cinta yg hakiki...

Saturday, September 26, 2009

Pencarian

Bagiku, hidup ini adalah sebuah pencarian. Sepanjang masa yg kita terjaga, pasti ada benda yg kita lakukan. Termenung memikirkan apa yg ingin dilakukan juga adalah sebuah perbuatan. Apa yg ingin kita buat sebenarnya? Dalam melakukan sesuatu perbuatan, kita akan sentiasa perlu membuat pilihan. Pilihan utk melakukan sesuatu ini adalah sebuah pencarian, bagiku. Kita sebenarnya mencari apa yg benar utk dilakukan

Dalam mencari, kita sebenarnya perlukan neraca utk membuat pilihan itu. Memilih apa yg benar utk dilakukan. Sebenarnya, neraca itu hanya dua, neraca pencipta atau neraca makhluk. Neraca pencipta adalah syariat yg telah diturunkanNYA melalui rasulNYA dan sunnah yg disampaikan oleh rasulNYA. Neraca inilah neraca terbaik kerana dipandu oleh Yang Maha Mengetahui tiap2 sesuatu.

Sebaliknya, neraca makhluk termasuklah neraca hawa nafsu dan bisikan syaitan. Percayalah, syaitan yg telah berjanji akan menyesatkan manusia tidak akan berhenti selagi kita tidak terpesong. Terpesong daripada menemui kebenaran.

Pandanglah tiap2 sesuatu dgn pandangan Pencipta, Ilahi...Mari kita sama belajar utk melihat sesuatu dgn neraca Ilahi.

Thursday, September 17, 2009

Berlalulah Sudah


Kehadirannya tak dirai
Perginya tidak disedari
Hadiah dari Ilahi
Sukar, jarang sekali dihargai

Semoga detik2 terakhir ini mampu dihargai
Tanda syukur pd nikmatNYA
Ramadhan al-Mubarak yg tersangat istimewa

Thursday, August 27, 2009

Susah dan mudah

Apabila melihat kpd apa yg telah dilalui oleh diri sendiri dan pengalaman manusia lain yg dipaparkan melalui media, aku melihat bahawa susah dan senang adalah perkara2 yg sering menghimpit manusia.

Ada orang menjadikan susah itu sebab utk dia berusaha bersungguh2 mengubah nasibnya utk menjadi senang dgn apa jua cara, walaupun yg melanggar syarak. Ada pula yg senang hidupnya menggunakan senang itu sbg sbb utk menjadi org yg sombong. Namun tak dinafikan ada yg susah atau senang, dia hidup dgn seadanya. Jika susah tidak meminta2, jika senang pula tidak hidung tinggi.

Lalu aku berfikir, apakah kesenangan atau kesusahan itu yg harus dipandang apabila kita ingin melakukan sesuatu? Apakah ia menjadi penghalang atau penggalak utk kita melaksanakan apa yg harus kita buat? Lebih spesifik lagi, adakah ia menjadi neraca utk kita melaksanakan apa yg ALLAH perintahkan?

Hakikatnya, apa yg perlu dilaksanakan itulah lebih penting utk kita pertimbang dan perhatikan. Kesusahan atau kesenangan itu adalah urusan ALLAH kerana ada yg berusaha bersungguh2 tp tak juga dpt hidup senang dan ada pula yg usaha sikit shj tp sudah dpt hidup senang. Hidup bukanlah utk melihat susah atau senang, sebaliknya utk mengajak diri dan jiwa melakukan ketaatan dgn susah atau senang itu.

Namun, tulisan ini bukanlah menggalakkan umat islam utk berlengah2 atau bersenang2. Sekadar mahu membuka mata. Kesusahan atau kesenangan hidup tak sepatutnya menjadi suatu yg memberatkan fikiran, tp beratkanlah fikiran dgn memikirkan bagaimana ketaaatan dpt dihasilkan drpd kesenangan dan kesusahan yg dihadapi.

Silalah betulkan jika apa yg ditulis ini tidak kena dgn apa yg diajar oleh Rasulullah.. =)

Saifudin, Indah Wajah Di Lukisan Pena

Hati memang sudah lama menyimpan hasrat utk membaca novel itu. Trilogi Bagaikan Puteri oleh novelis thriller nombor 1 Malaysia telah pun disudahkan. Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu telahpun selesaiku baca. Hati melonjak-lonjak utk menamatkan kisah ketiga dan penghabisan trilogi ini, Hijab Sang Pencinta.

Ketika kaki melangkah di kedai runcit di tepi stesen bas itu, aku sempat menjemput diri singgah melihat-lihat novel yg ditawarkan diskaun.

"Wah, Hijab Sang Pencinta!Dpt diskaun utk novel ni?Hmmm…."

Alhamdulillah, aku mendapatkan novel itu dan kini telahpun kuhabiskan membacanya. Saifudin atau Laksamana Sunan, menjadi watak kegemaranku. Watak yg amat kukagumi. Kekacakannya tak pernah mampu kugambarkan namun kejernihan jiwa dan ketinggian peribadinya amat berkesan di hatiku. Seorang lelaki yg sentiasa tenang menerima segala musibah yg seolah2 tak pernah berhenti melanda hidupnya. Bermula dari rajuknya setelah dihukum oleh ayahnya atas kesalahan yg tidak dilakukan, dia telah membawa diri ke bumi Aceh.[Biar tersalah ampun jangan tersalah hukum]

Di bumi Aceh, ilmu dikutip daripada seorang guru ulung, Wali Sufi sehingga Saifudin menjadi seorang hebat yg dihormati kawan, digeruni musuh. Perjuangannya menewaskan kejahatan akhirnya menemukan dia dgn Haryani dari abad 21 yg menumbuhkan rasa cinta di hati Haryani [Haryani…kamu bagaikan puteri]. Saifudin telah mengahwini Sang Ratu, Ratna yg insaf setelah mencederakan Saifudin. Ratna berasa insaf kerana lawannya itu telah menawarkan kebaikan walaupun dia ingin membunuh Saifudin. 'Sebagai manusia, saya sayang padamu.' merupakan ungkapan yg telah membuat Ratna berfikir setelah mencederakan Saifudin. Itulah Saifudin yg sentiasa menawarkan kebaikan buat mereka yg sedang melakukan kejahatan. Memberi ampun kpd lawannya lebih dia sukai kerana itu akan memberi peluang utk lawannya (org yg melakukan kejahatan dan berpihak kpd syaitan) berfikir semula ttg kejahatannya dan berharap mereka akan memilih kebaikan dan taubat kepadaNYA.

Saifudin sempat menikmati kemanisan hidup bersama Ratna yg tercinta sekadar seketika krn Maharani iaitu ibu angkat yg telah mengasuh Ratna menjadi Sang Ratu yg kejam telah menyihir Ratna sehingga Ratna kembali menjadi Sang Ratu. Lelaki berduka dari Tanah Rencong itu tabah menerima segalanya tanpa rasa putus asa utk melawan kejahatan Maharani. Berbekal tawakal kepada ALLAH yg amat ampuh di jiwanya, dia memerangi Kerajaan Pulau Utara tadbiran Maharani. Ratna akhirnya terkorban namun masih mempertahankan kebaikan dan kebenaran yg baru bertapak di jiwanya. [Mati itu pasti, hidup insyaALLAH]

Ketinggian tawakal dan penyerahan diri kepada ALLAH telah memberi kekuatan kpd Saifudin utk terus melawan kejahatan yg ditunggangi oleh Taghut. Hijab Sang Pencinta menyaksikan kejahatan yg tak henti mengejarnya dalam langkah kerinduannya utk menemui keluarga di Kg Punggor. Kisah dalam Hijab Sang Pencinta telah membuka mataku akan apa yg tersirat drpd perjuangan Saifudin. Sesungguhnya, kejahatan itu akan sentiasa mejadi musuh kpd kebaikan. Peperangan ini sebenarnya telah bermula di langit, ketika manusia pertama, Adam dicipta olehNYA. Taghut tidak putus asa mencari pengganti bg Maharani yg ditewaskan oleh Sunan dan mendapatkan manusia derhaka Cheng De dari Banjaran Tibet. Jelas, kisah ini sepatutnya membawa kita kembali mengingati sumpah Iblis ketika ALLAH menghalaunya dari syurga. Iblis telah berjanji bahawa dia akan terus menyesatkan manusia namun ALLAH menjanjikan bahawa hambaNYA yg ikhlas takkan boleh disesatkan. Yang menjadi pengikut taghut itu sebenarnya adalah manusia yg sesat, yg tidak berpeluang menerima cahaya kebenaran dan jiwa yg cair kpd perkara duniawi. Jiwa yg cintakan kekayaan dunia, jiwa yg ingin mencari kekuasaan yg kemudiannya ditewaskan oleh janji palsu sang taghut. Sikap syaitan yg diceritakan ALLAH dalam Surah An-Nas iaitu dari yg membisik dan tenggelam timbul.

Rasa kagum kpd Saifudin membuatku berfikir kembali. Saifudin itu terlalu teguh mengikut sunnah Rasulullah. Cara makannya, ibadahnya, dan peribadinya cuba mengikut apa yg diajar Rasulullah dengan sedaya upayanya. Lalu, Rasulullahlah yg sebenarnya harus dikagumi peribadinya. Kisah hidup baginda juga tidak sunyi drpd kesedihan dan perjuangan. Bermula sbg seorang anak yatim dilahirkan ke dunia tanpa bapa kemudiannya kehilangan ibu dan datuk yg tercinta ketika masih kanak2. Hidup baginda sentiasa dipenuhi perjuangan utk menyampaikan kebenaran kpd pihak yg sesetengahnya menolak kebenaran itu. Sayangnya kepada umat tak terkira, membuatkannya sentiasa menawarkan kelembutan walau dibalas dgn kekerasan. Masih ingat kisah seorang Yahudi buta di hujung Madinah yg selalu didatangi baginda utk diberi makan? Bagaimana Yahudi tua itu sering menyumpah2 baginda iaitu org yg sedang menyuapkannya…Bahkan, Rasulullah telah memberi makan kpd Yahudi tua itu dgn cara yg terbaik iaitu mengunyah dahulu makanan yg akan disuap. Sehingga akhir hayat baginda, 'Ummati, ummati, ummati.' Kasih sayang yg tidak bertepi. Sentiasa menginginkan kebaikan utk umatnya. Sentiasa bimbang akan umatnya di akhir zaman yg akan menghadapi cabaran dan fitnah besar drpd pengikut iblis sehingga umatnya akan menghadapi keadaan di mana memegang islam ibarat menggenggam bara api.

Bersediakah kita menghadapi cabaran akhir zaman ini? Sudahkah diketahui apa yg menjadi sumber kekuatan kita? Ayuh mencari! Pasti jawapannya ada pd tinggalan baginda utk kita yg dijanjikan tidak akan menyesatkan kita pd zaman sesat menyesatkan ini. Tinggalan dan pusaka yg sering kita abaikan; Al-Quran dan sunnah….

p/s : Tahniah kepada Ramlee Awang Murshid krn telah membuat saya berhenti membaca novel2 yg membawa kisah cinta tipikal. Kpd mereka yg dikurniakan kelebihan utk menulis, tulislah sesuatu yg mampu membuat pembaca berfikir dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Jangan sekadar menulis utk membuat pembaca khayal kpd sesuatu yg tidak kekal...

Friday, August 7, 2009

Reflection Proactive Muslimah Camp (PMC)

Alhamdulillah, dengan izin ILAHI pertemuan dgn sahabat2 yg dirindui menjadi suatu kenyataan. Hati terasa sgt ingin bersama dgn teman2 di Kulsem's Day Out @ KLCC, namun DIA ada perancangan tersendiri utkku. Masih mencari hikmahnya. Andai takku temui hikmahnya pun, aku tak kesal kerana aku yakin ia adalah apa yg terbaik utkku hadapi.

Memandangkan aku tiba di pudu raya kira2 jam 12.45 tgh hari, aku terus ke level b1 di sogo utk menunggu waktu solat. Tak pasti bila waktu lunch office, aku ambil keputusan utk menanti masa berlalu di surau tersebut. Hurm, tiada perkenalan yg berlaku walaupun aku berada agak lama di situ. Teringat teguran seorang sister kpdku,

'awak cakap tak kat diorg awak kawan akak?'
'tak, sbb diorg tak tny pun.'
'kalau nak jadi daie yg baik, awaklah kena tegur diorang dulu.'

Aku selalu membayangkan aku dpt menambah perkenalan di perjalanan, namun hingga kini ia hanyalah suatu angan2. InsyaALLAH, dgn kekuatan dariNYA aku akan cuba merealisasikan anganku itu dlm perjalananku yg lain pula (jika umur masih panjang).

Di Mara HQ, sempat bertemu beberapa org rakan kmb. Selesai urusan di sini, aku melanjutkan langkah ke pejabat BestEd di PJ. Terasa staminaku diuji. Hmm…mungkin org2 yg tinggal di KL sebenarnya sama banyak je kena berjalan cam org yg duk kampung. Hee…entahlah. Mungkin sbb beberapa ketika di kg sejak habis kmb ni aku byk naik motor sampai aku dh rasa malas nak jalan banyak2. Manusia mudah lupa! Bila dah biasa dalam kesenangan, mula terasa susah utk bersusah2. Benarlah peringatan utk ingat 5 sblm 5. Dalam susah, kita akan jadi kuat utk hadapi kesusahan tu tapi kalau kita dalam kesenangan kita kena kuat utk hadapi kesenangan itu. Dan,kekuatan itu tak lain harus dikait drpd pemiliknya jua, Yg Maha Kuat!

Dari PJ aku terus melangkah ke IPBA (Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa) tanpa memaklumkan warganya bhw aku akan ke sana. Betul2 gamble… Mendaki bukit kecil sblm tiba di rumah sahabat yg dituju dan melepasi pak guard yg menunggu di luar post sehingga kakiku menjejak rumah sahabatku membuatkanku melatih diri utk meletakkan pergantungan kepadaNYA. Hanya keyakinan bhw DIA akan membantuku yg menguatkan daku utk terus melangkah. Bimbang juga jika aku pergi dan tiada siapa yg akan menyambut ketibaanku di IPBA namun aku yakin akan ada jua.

Dari IPBA, aku mencari teman utk ke Serdang esok hari. Alhamdulillah, DIA permudahkan dan aku telah berkenalan dgn teacher hanis yg mengajar di NS. Merasa ke Maxwell, apartment mewah yg tak mewah ;) . Tiba di Serdang pd tengah malam seiring rombongan dari johor yg bawa kereta kak sofi tanpa kak sofi, sewaktu sahabat2 yg lain kebanyakannya sedang tidur sambil ada yg menonton 'Ashabul Kahfi'. Kak ain jadi moderator tayangan…Tak sempat pun bicara panjang dgn kak ain.

Program predeparture yg pendek tapi padat. InsyaALLAH, panduan yg diberi akan dimanfaatkan sebaiknya ketika menjadi musafir kelak. Semenjak berkenalan dgn jalan tarbiyah ini aku sedar aku byk membawa diriku mengembara. Peluang yg diberiNYA utk aku belajar di bumi Republik Czech (walaupun aku tak layak pada mulanya) adalah suatu lagi nikmatNYA utk aku terus mengembara di bumi nan luas ini. Menjadi musafir yg mencari cinta sebenar, utk melihat tinggalan org terdahulu. Andai aku ditakdirkan utk berada di bumi Malaysia pun, aku yakin jalan yg kulalui ini akan membawaku ke merata tempat. Membuatku rasa perjalanan yg aku lalui sbg perjalanan yg amat bermakna. Masihku ingat saat aku terasa kini aku mempunyai sebab utk menjelajah malaysia iaitu setelah memahami tugasku sebagai seorang khalifahNYA.

Esoknya pula, perjalanan bermula utk ke sg congkak. Hari itu, kekuatan fizikal kami benar2 diuji. Aktiviti lasak sepanjang hari ; jungle trekking, permainan bercheck point ala2 explorace gitu, war game diikuti dgn sesi curahan hati pd malamnya dan kena bergilir2 berjaga malam. Wah, terasa hariku begitu bermakna jika nak dibandingkan dgn hari2 di rumah! Tapi, walau di mana jua berada, sebenarnya kita yg menentukan hari kita bermakna atau tidak, betul tak? Muhasabah diri lagi! Buat apa kat rumah tu? Huhu…

War game yg aku lalui buat pertama kali ini mmg byk pengajarannya. Aku sedar kini bhw aku masih lagi belum memiliki keberanian utk terkorban di jalan ALLAH. Asyik nak menyorok dan menunggu peluang atau masa yg sesuai. Hakikatnya, kitalah yg perlu mencipta peluang itu. Andai semua org menunggu peluang, mungkin akhirnya peluang itu telah datang tanpa kita sedar ketibaannya. Ah, bukankah kita biasa mengungkapkan kata 'berani kerana benar, takut kerana salah'? Kebenaran yg paling benar telah berada di tangan kita menunggu utk ditunjukkan kpd semua…Subhanallah.Harus izzah trhadap al-haq yg dipegang ini! Kumohon kekuatan dariMU utk menjadi org yg berani menegakkan al-haq ini, Ya ALLAH…

Sesi curahan hati pula adalah sesi yg amat menyentuh jiwa. MasyaALLAH! Pelbagai kisah dpt didengar. Semoga menjadi bekal utk digunakan bila perlu kelak. Proses taaruf yg berpanjangan... Walaupun kita rasa dah kenal dgn sahabat kita, sesi curahan hati ni memang satu peluang yg baik utk kenal semua dgn lebih dekat. Namun, sudah semestinya tak sama dgn kita mengenali shbt kita itu melalui masa musafir bersama atau pengalaman bersama ketika susah dan senang.

Tak dilupa, perkongsian ustaz juga amat bermakna sbg suatu refreshment. Di kala diri diuji berada dlm zon selesa di rumah, peringatan yg diberi bhw syaitan sentiasa menunggu utk menyerang benar2 menyentuh jiwa. Subhanallah, peringatan yg kena pd tempatnya. Membuatkan diri sedar bhw jiwa ini sememangnya memerlukan tarbiyah. Iaitu perlu kpd peringatan2 yg membawa jiwa kembali kpdNYA pd saat dilalaikan oleh perkara2 duniawi. Membuatkan diri sentiasa sedar bhw kita sentiasa perlukan DIA. Sungguh, duniawi akan membuat kita melepaskan pergantungan kepadaNYA sedangkan apa jua selain DIA adalah bayangan dan fatamorgana semata2.

Apa yg menggusarkan hatiku adalah apa yg akanku lakukan selepas ini. Peringatan sudah diberi utk membangkitkan kembali jiwa yg mungkin terlena. Utk terus melaksanakan amanahNYA, mengajak kpd DIA. Ibu, ayah, dan adik2, sayangku untuk kalian hingga ke akhirnya! Semoga ALLAH bukakan hati kalian utk memahami, semoga ALLAH tetapkan hatiku utk terus berada di jalan ini, semoga pergantunganku hanya kepadaMU…AMIN

Tuesday, July 21, 2009

Baju & Pemakai

Saat kaki melangkah keluar
Pakaian akan disarung
Perlu diingat
Haruslah bijak mengatur langkah
Kerana di hadapan terbentang halangan nan seribu
Hati-hati!
Ada batu, duri, jalan yg bengkang bengkok
Bahkan ada juga pokok-pokok yg tumbuh bukan pada tempatnya

Hati bimbang
Andai tidak berhati-hati
Padah kan menimpa diri
Bimbang juga
Andai duri yg dilanggar menyebabkan terkoyaknya baju yg tersarung
Sehingga mungkin akan menghiris kulit

Aduh, sakitnya!
Pedih! Perit!
Namun, perit lagi pabila baju yg tersarung tak mampu menjaga kehormatan diri
Bila kulit sudah tak mampu dilindungi oleh baju itu

Si baju juga turut terluka
Adakah apa yg dirasainya tidak perlu difikirkan?

Pasti selepas ini pemakainya akan membuangnya terus
Membiarkan ia menjadi buruk dan busuk
Sehingga hanya akan dikutip oleh si pengemis
Atau, mungkinkah pemakainya akan menjahitnya kembali?
Ah, dijahit pun pasti dpt dilihat kesan jahitannya!

'Aku sudah tidak sempurna!
Kerana pemakaiku yg tidak bertanggungjawab!'


Wahai pemakai!
Mampukah menolak dakwaan si baju itu nanti?
Oleh itu,fikirlah!
Fikirlah sedalamnya
Sehabisnya
Sebijaknya
Sebelum engkau meneruskan langkahmu
Agar langkah itu nanti
Langkah yg penuh gaya
Langkah yg dinanti-nanti
Langkah yg memukau si penonton
Sehingga mereka ingin memiliki baju yg sama seperti yg dipakaimu

Friday, July 17, 2009

Sayap

Sayap itu hanyalah alat utk si burung terbang di udara sedang sebenarnya ALLAH jualah yg menahannya di udara.....

Yg terlihat oleh mata itu bukanlah jawapan terakhir bagi setiap persoalan
Kerana ia adalah lambang kekuasaan sesuatu yg tak terlihat oleh pancaindera..

(67:19)

Wednesday, July 15, 2009

Hidup Ini

Hidup mesti kerana ALLAH
Kerana itulah matlamat utama
HidayahNYA perlu sentiasa dicari
Kerana itulah yg akan menerangi
Setiap jalan yg ingin ditempuhi

Hidup adalah perjuangan
Setiap perjuangan melambai pengorbanan
Pengorbanan pula harus berakarkan keikhlasan
Pengorbanan dihias kesuraman,kepahitan
Namun, akhirnya nanti akan kau kecapi kemanisannya

Hidup dlm perjuangan pastinya menempuh ranjau
Yakinlah dgn janjiNYA
Hiduplah keranaNYA
Bernafaslah dgn nama ALLAH

Walau apa jua yg menimpa, ALLAH bersama kita jika kita ingat kepadaNYA. semoga DIA berikan daku kekuatan menerima segalanya dgn penuh keimanan dan ketaqwaan.

Monday, July 13, 2009

Kembara Personaliti

Aktiviti : Kembara Personaliti
Tarikh : 26-28 Jun 2009
Peserta : Pelajar Tingkatan 1
Tempat : SERATAS

Serampang dua mata. Itulah yang boleh kusifatkan program yang dirancang untuk adik2 tingkatan 1 seratas 2009. Membina kepercayaan pihak sekolah (kaunselor,guru2 dan adik2) dan mengadakan pertemuan 4 mata untuk membincangkan ttg penubuhan Ikatan Pelajar Islam Seratas (IPIS).

Aku tiba di seratas agak lewat drpd yg dirancang menyebabkan Huda dan Nad pula yg harus memberi pengisian untuk kuliyah jumaat. Apabila tiba giliranku, aku berkongsi sebuah video daripada siri 'The Arrival' yg menunjukkan ttg perancangan mengawal pemikiran (mind control) melalui kartun. Kita harus mula menapis apa yg ditonton oleh adik2 kita kerana banyak yg ditayangkan sebenarnya adalah alat untuk mengawal pemikiran kita. Apa yg kita biasa lihat, kita akan anggap ia sesuatu yg betul dan diterima masyarakat, kan? Aku masih ingat, masa aku kecil dulu aku selalu fikir bila dah besar orang perempuan memang kena pakai make-up. Apabila meningkat dewasa, baru kusedari dan fahami bahawa itu hanya dlm tv. Macam tulah juga yg dihadapi oleh adik2 kita. Apa yg ditunjukkan dalam tv disangka apa yg sebenarnya berlaku dlm masyarakat dan itulah yg sepatutnya berlaku. Ya, apa yg dipaparkan adalah apa yg berlaku dlm masyarakat hari ini namun kebanyakannya ialah apa yg bertentangan dgn ajaran Islam. Mungkin pengisian yg agak berat namun aku sgt berbesar hati untuk berkongsi video 'The Arrival' yg amat berkesan di hatiku. Aku sgt berharap agar dpt berkongsi video yg menjadi pembuka mataku ini dgn sebanyak2 org. Masih mencari peluang untuk itu... Kepada yg berminat utk mendapatkan siri video ini, bolehlah search kat YouTube... ;)

Kami tidak mempunyai begitu banyak masa untuk bersama dgn adik2 tingkatan 1 ini kerana hari Sabtu (27 Jun) merupakan hari persekolahan mereka dan ada upacara menandatangani kad laporan mereka. Alhamdulillah, pengalaman menjadi fasilitator dlm program ini merupakan suatu pengalaman berharga. Aku bukanlah pemudah cara yg baik memandangkan ini adalah antara pengalaman pertama menjadi fasilitator. Rasanya yg sebelum2 ni taklah seserius Kembara Personaliti. Maksudku, yg sebelum ini hanya utk sesi yg pendek atau satu sesi saja..hee… Seribu penghargaan dari diriku buat ketua fasilitator dan semua rakan yg banyak membantu. Hurm…menjadi fasilitator tidaklah semudah yg disangka…Memang mencabar! Namun, adik2 yg sgt innocent ini begitu murni jiwanya. Mereka sgt menghargai fasi2. Membuat mereka menerima kita sebenarnya haruslah dgn aku sendiri yg harus mula2 menghargai mereka. What goes around comes around..Walaupun ada saja keadaannya kita menerima yg bertentangan drpd apa yg kita berikan. Adik2 ni juga ada potensi2 yg mereka sendiri belum temui. Potensi2 ini boleh digunakan utk apa yg baik, mungkin juga boleh digunakan untuk perkara keburukan. Semoga potensi2 mereka dpt digunakan utk membangunkan ummah. Macam kasut dan kiwi, kiwi boleh mengilatkan kasut. Tapi kalau tiada org yg menggilap kasut itu dgn kiwi, kasut tu tetap takkan berkilat. Mereka memerlukan tgn2 yg mampu menggilap potensi mereka pada tempatnya. Teringin nak jadi salah seorang yg menggilap potensi itu, tp terlalu byk yg kuperlu perbaiki pd diriku sendiri sekiranya ingin menjadi salah satu tangan2 itu… ;)

Teringin nak berkongsi satu peristiwa. Aku telah ditugaskan utk menjadi panel dlm forum yg diadakan pd malam sabtu di surau. Tugas ini telah diberi seawal mesyuarat kami yg pertama. Mula2 ok. Namun, hatiku telah memberontak pd saat akhir. Pada petang sabtu tu, baru aku terasa sgt berat utk menggalas tugas ini. Entah apa sebenarnya yg kurasa, aku sendiri tidak pasti. Puas kawan2 dan kakak2 yg ada memujukku, namun hari itu aku sgt keras hati.

'Tak nak jugak!'

Buat sahabat2 seprogram, aku mohon seribu kemaafan atas sikap yg kukira agak tidak rasional dan tidak bertanggungjawab. Mungkin ada yg menyalahkan tindakanku ini kerana hanya menolak tugasan pada saat akhir. Pasti aku dah susahkan kawan2 lain, nak cari pengganti n so on. Apakan daya, hanya terfikir ketika saat akhir.Aku tak lupa bahawa segala kekuatan itu dari ALLAH, namun hati aku sendiri menolak. Adakalanya, tentang hati sukar utk dijelaskan (macam alasan utk melepaskan diri jer…tp itu yg kurasa...) Harap semua yg terlibat sudi memaafkan kelemahan diriku ini.
Terasa agak malu pula bila mengenangkan saat itu. Betapa bersabarnya para sahabatku terhadap aku yg 'tunjuk perangai'. Terima kasih,korang…And, sorry again.

Apa yg menarik ttg program ini ialah tempatnya. Memandangkan hari sabtu pagi ada acara, dewan tidak boleh digunakan. Maka, untuk aktiviti pertama iaitu ice-breaking (taaruf bersanad) pd malam jumaat (26 Jun) telah dibuat di surau. Adik2 non-muslim yg terdiri drpd adik2 perempuan sahaja kenalah beraktiviti di surau. Personally, aku cuba buat adik2 kumpulanku (yang bukan islam) rasa selesa berada di surau. Teringat sirah, masjid adalah pusat aktiviti masyarakat pd zaman Nabi dulu. Semoga aktiviti yg dibuat ni mampu mengubah persepsi adik2 yg kadang kala berasa bhw adalah sensitif utk mengajak org bukan islam ke surau.

Untuk aktiviti LDK kedua, adik2 putera dan puteri tlh diasingkan kerana aktiviti tu memerlukan mereka berlakon. Lakonan kumpulan berbeza emosi tp berdasarkan jln cerita yg sama…Apabila dah diberi peluang berlakon, mungkin ada yg akan beraksi bersungguh2 sehingga timbul aksi2 yg tidak sesuai utk ditonton oleh kaum bertentangan jantina. Jadi, langkah mengasingkan ini memang tepat utk dilaksanakan. Sekali lagi, yg puteri harus buat di surau. Memang gamat surau semasa mereka membuat persembahan lakonan mereka. Rasa nak pecah perut tgk semua beraksi dgn emosi yg tak kena tempatnya. Tapi, tasknya mereka mmg kena beraksi dgn satu emosi sahaja utk persembahan satu kumpulan. So, just enjoy the show..hehe...

Semoga ALLAH memberkati usaha semua. Semoga ada hati2 yg dibuka untuk berubah drpd pertemuan singkat dlm program ini. Alangkah, pertemuan ini adalah pertemuan yg ditentukanNYA. Telah ditentukanNYA siapa yg datang utk menjayakan program ini, utk berkenalan dgn adik2 yg berjiwa murni itu dan utk lihat aku 'tunjuk perangai' ;p .Alhamdulillah, DIA aturkan peluang utkku bersama2 sahabat2ku yg berjiwa besar, membuatkan daku rasa kecil berada semeja bulat dgn mereka. Selamat berjuang semua!

Tuesday, June 30, 2009

Ampunkan Daku


Hati ini sayu
Namun mungkin ada yg lebih sayu

Hati ini terguris
Namun mungkin ada yg lebih terguris
Gurisan yg lebih dalam

Apakah hanya memikirkan diri sendiri
Hingga terlupa yg di sekeliling?

Tuhanku,
Ampunkan daku atas sikap ini
Berikan daku kekuatan utk mengubahnya
Membersihkan diri
Dari satu lagi karat jahiliyyah ini

Berikan daku petunjukMU
Wahai Tuhan yg Maha Agung & Maha Berkuasa
Jadikan hati ini hati yg suci utk menerima
Apa yg benar
Apa yg salah

Wednesday, June 24, 2009

Malunye...


'Malu itu sebahagian drpd iman.'
Ungkapan yg merupakan petikan hadis ttg keimanan ini mungkin sudah semakin dilupakan oleh kita, masyarakat hari ini. Mari kita renung ke dalam diri dan lihatlah di sekeliling...Bagaimanakah malu itu diletakkan dalam dunia hari ini? Masih adakah pengertian malu itu dlm kehidupan kita hari ini?


Pada iklan2, tiada lagi rasa segan silu utk menggunakan sehabis guna apa yg ada pd wanita. Anda semua perhatikanlah, bagaimana sebuah iklan sabun menunjukkan tali yg terjatuh dr bahu seorg wanita shg seorang lelaki boleh merasai kelembutan kulitnya...Apa agaknya perasaan kita semasa menonton iklan sebegitu? Suka? teruja? Malu? Kpd yg wanita, malukah kita ketika kita menontonnya?

Satu lagi kisah,aku rasa pelik bila seorg wanita boleh bertanya kpd seorg lelaki pakaian dalam mana yg harus dibeli..tak kisahlah lelaki tu suami atau abg atau adik, still lelaki. kenapa nak ajak lelaki sekali dlm hal2 sebegitu?
Huh..jgn emosi, siti!
Teringat lagu hijjaz...
Malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nyawa
Perkara2 yg saya lihat ni buatkan aku terfikir pula. malu tak buat sesuatu yg org lain tak nampak? huhu..mungkin tulisan kali ini ada sedikit kekasaran (di atas), namun ia adalah tarbiyah ALLAH buat diri ini. Aku harus merenungi kesalahan diri sendiri lebih drpd merenung kesilapan org lain. Malunya!

Tuesday, June 16, 2009

Dua Jam Bersama Orang Asli

' Nanti hari selasa, awak akak pergi mengajar orang asli ek?Pastu, awak bagilah ceramah sikit kat diorang. Pasal apa-apa je. '

' Ha! Betul ke ni kak? Macam cuak jer..'

' Takpe...buat macam bagus je. '


Huhu...jemputan itu memang suatu yg mengejutkan. Entah kenapa aku rasa cuak sangat. Macam tak pernah bercakap depan orang ramai (macamlah selalu sgt..). Kalau nak diikutkan, aku bukanlah tak pernah bercakap di khalayak ramai, tapi aku baru sedar tak semudah itu utk kita bercakap di hadapan khalayak. Seringkali aku dihinggap perasaan sebegini apabila disuruh bercakap di hadapan. Semasa btn pun begitu, rasa cuak bila dipanggil utk bagi ucapan.


' Awak cakap je, diorang ni sgt mudah menerima. '

' Maybe awak boleh ckp psl kebersihan. '



Huh..penat fikir! Lalu, aku buat keputusan utk bercakap ttg kesihatan. Bersemangat, aku buat powerpoint presentation, tapi sbb buat last minute jadi taklah seelok mana. Ingatkan audiens adalah kanak2 tapi rupa2nya mak cik2. Namun, aku tetap buat presentation tu macam untuk kanak2. =)

Sampai di Kg Sungai Danga, masuk simpang ke penempatan orang asli tersebut. Penempatan orang asli ni sebenarnya adalah salah satu tarikan pelancong di JB. Di kampung mereka ni ada sebuah restoran yg agak popular iaitu Restoran Asli. Tiba di kampung itu, aku dapat lihat anak2 kecil bermain dan berlari2 dgn gembira tapi ada yg tak berkasut. Ada sebuah balai raya (kot) di mana pelajar2 cikgu yg aku ikut ni sdg menanti ketibaan kami. Wah, ternampak anjing yg merayau juga! Hm..ini memang pengalaman yg manis sbb dpt belajar menghadapi suasana baru. Selama ni, asyik jumpa bangunan kolej dan asrama, rumah2 sedara di kampung dan jalan raya yg elok. Berada di sebuah tempat yg asing memang mampu membuat diri ini berfikir. Namun, aku lebih concern ttg hidup muslim di kg ini. Bagaimana mereka meneruskan hidup yg dikelilingi bi'ah yg tak membantu utk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim?Alangkah bertuahnya kita yg diberi peluang utk berada dlm bi'ah yg membolehkan kita hidup sbg seorg muslim. Pernahkah kita bersyukur dgn nikmat ini?

Agak menyedihkan apabila kuketahui sebenarnya kg itu pernah disentuh seruan islam namun kerana tiada org yg terus mengajar deen ini kpd mereka, mereka telah ditawan pula oleh pendakyah kristian. Oleh itu, wahai muslimin marilah kita sama2 renungi diri. Sejauh mana telah kita laksanakan tanggungjawab kita terhadap saudara2 semuslim kita. Lalu, jika kita merenung keadaan ini adakah kita masih hendak bertangguh dan mencari alasan? Semoga kita sama2 merefleksi diri.

Hari tu, mereka belajar matematik, tajuk menambah. Aku tolong2 mengajar mereka. Kalau nak mengajar orang ni, biar siapapun pasti ada cabarannya. Mereka mungkin boleh ikut apa yg kita ajarkan tapi belum tentu mereka ada kefahaman yg jitu ttg tajuk itu. Bila difikirkan balik, kita tak mampu nak beri mereka kefahaman itu sebaliknya hanya mampu memandu ke arah yg betul. Itulah yg sebenarnya. Dlm persoalan hidayah pun begitu juga. Kita tak mampu sebenarnya nak buat org mendapat hidayah. Kita hanya menjadi antara sebab seseorang laiin mendapat hidayah tapi tak mungkin boleh memberi hidayah itu kepada mereka kerana itu hak ALLAH. DIA berikan hidayahNYA kepada org yg dikehendaki. Seharusnya, jika kita sudah mendapat kefahaman dan hidayah itu kita harus menjadi org yg bersyukur dan memanfaatkan hidayah itu sebaiknya. Semoga kita tak termasuk orang yg kufur akan nikmat hidayahNYA.

Masa nak prepare utk set up lcd and projector tu, rupa2nya takleh guna plak suis kat situ. Jadi, nampaknya aku harus bercakap tanpa ABM (alat bantu mengajar). ;)
Hee..cakap jer ar...Entah apa2 yg aku ckp..Tapi harap2 ALLAH berikan kebaikan drpd apa yg kukongsikan. Taklah profesional sgt pun apa yg dikongsi, benda2 biasa yg mungkin kita lupa. Dan bila bercakap di hadapan, kita pasti akan bertemu pelbagai reaksi, ada yg sgt aktif memberi respon, ada pula hanya mendengar dan ada juga yg tidur. Hee..teknik perlu dipolish lagi!


' Diorg ni sgt fitrah. Tak macam budak2 melayu yg suka mengejek, diorg cuma nak bergembira dgn bermain2. '


Huhu...sayang mereka juga! Semoga kita (muslim) akan terus berusaha menyeru manusia kepada ALLAH. Seronoknya jika insan2 yg dipenuhi fitrah dlm jiwa mereka ini dpt disedarkan dgn apa yg plg berharga dlm hidup, iaitu mengenal pencipta mereka dan kita...ALLAH...

Marilah kita sama2 menghargai nikmat islam yg dikurnia ILAHI kpd kita dan jagalah nikmat itu sebaiknya.

Terima kasih, cikgu! (yg bawa saya ke sana) ;p

islamicstudentalumniseratas: Promote

islamicstudentalumniseratas: Promote: "
Click to join islamicstudentalumniseratas

Click to join islamicstudentalumniseratas


"

Teman...

A......: Pernah tak awak hilang sesuatu n diganti dgn sesuatu yg baru?

Siti : Erm....macam tak pernah aje...Maksud awak, orang ke?

A.....: Apa2 jer...

Siti : Kalau orang or kawan, tak pernah kot.



Mungkin apa yg ditanyakan oleh A tu sebenarnya memang merujuk kepada seorang manusia (walau siapapun insan itu) iaitu kawan. Apakah nilai seorang kawan bagi anda?


Bagiku, daku amat menghargai sebuah ikatan yg bernama persahabatan. Sepanjang hidup selama 20 tahun ini, pengalaman yg dilalui byk mengajar ttg erti perhubungan ini. Banyak yg kupelajari di bumi SERATAS tercinta, banyak juga yg kutimba di bumi KMB. Apatah lagi bila diri memahami nilai hubungan ini yg sebenarnya harus terjalin kerana DIA. Betapa luasnya perhubungan ini bila dijalin kerana DIA. Bahkan, kita tak mempunyai sebab lain utk menjalin kasih antara manusia melainkan kerana DIA. Ikatan aqidah menjalinkan hati-hati insan dgn ikatan yg lebih utuh dan memberi nilai tambah pada hubungan itu. Apa tidaknya, hubungan yg terjalin itu dijalin kerana mengikut apa yg diperintahNYA (49:10). Maka pastilah hubungan itu menjadi hubungan yg diredhai. Apa lagi yg lebih penting dan besar ertinya selain mendapat keredhaanNYA drpd apa yg kita lakukan?




Ada tak yg pelik kenapa aku katakan bahawa aku tak rasa aku pernah hilang sesiapa dan diganti dgn kehadiran seorg yg baru? Huhu..mungkin ada yg tak boleh terima apa yg akanku katakan, namun itulah yg kurasa. Aku tak pernah rasa aku kehilangan sesiapa kerana bagiku, sekali orang itu hadir dlm hidupku dia akan sentiasa dalam ingatan. That's why i dont think that i've ever lose anyone in my life. And everytime i meet new friend, i believe that this is a new colour in my life...




Oleh itu...

Sahabatku, walau di mana jua kalian berada kalian tetap di hatiku....inginku kongsi seulas bicara dr seorang sahabat yg pernah mengatakannya kepadaku...' Semoga kita jumpa di syurga. '


Hehe...teringat pula sebuah gurindam drpd filem Gurindam Jiwa


Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Sunday, June 14, 2009

Renungan Kisah Nuh

SURAH HUD 25-49

Merenung sejenak surah Hud pada ayat 25 hingga 49 yg menceritakan kisah Nabi Nuh dan kaumnya.

ingin kukongsi apa yg aku fahami drpd kisah yg diceritakan ALLAH ttg seorang lagi rasulNYA yg membawa misi universal, mengajak manusia menyembah ALLAH.

Sesungguhnya, pengutusan para rasul kpd manusia itu telah disusun ALLAH dgn penuh bijaksana dan hikmah. pengutusan baginda Nuh as sebenarnya adalah pada saat manusia telah jauh menyimpang drpd ajaran tauhid. malah, pada zaman bagindalah bermulanya penyembahan berhala dlm kalangan manusia. tahu bagaimana penyembahan itu berlaku?pertama, harus kita ketahui berapa lama jarak antara nabi adam dan nabi nuh. ada yg mengatakan kira2 156 tahun. ada terdapat juga hadis yg mengatakan bahawa jarak antara kedua nabi itu adalah 10 kurun, wallahu a'lam. yg pastinya, jarak itu adalah ratusan tahun.

ada beberapa riwayat n cerita namun semuanya menjurus kpd pattern cerita yg sama. dan yg bertanggungjawab terhadap penyelewengan itu adalah manusia yg mengikut bisikan syaitan.( huh, nak salahkan syaitan pun tak boleh juga kerana ia hanya menjalankan tugasnya dgn penuh kesungguhan.) manusia jualah yg sebenarnya bersalah. lantaran terlalu mengagungkan beberapa figur soleh dlm kalangan mereka, mereka mula membina patung. pada mulanya, hanya utk memperingati org2 soleh ini (NUH : 23).setelah generasi berganti generasi, peringatan berubah menjadi penyembahan. apabila Nuh as dtg membawa seruan agar mengesakan ALLAH, mereka menolak dgn pelbagai hujah dan ejekan. bahkan jika diteliti dlm ayat2 surah Hud spt yg dinyatakan di atas, Nuh sebenarnya telah berusaha dgn memberikan pelbagai hujah utk membuat mereka tunduk kpd ALLAH. tetapi, kerana kedegilan dan keangkuhan mereka, mereka menolak seruan baginda dgn bersungguh2 hinggakan apabila Nuh mendekati mereka akan menutup telinga mereka dgn tangan dan menutup kepala dgn baju mereka (NUH : 7). Alangkah biadabnya layanan mereka terhadap penyeru kebenaran! Lihatlah hari ini. layanan sebegini masih jua wujud terhadap daie. inilah buktinya bahawa jika kita ingin menggalas beban da'wah islamiyah ini, kita pasti akan sentiasa menerima tentangan dlm apa jua bentuk.dlm kisah Nuh ini, sikap org yg diseru menjadi cabaran buat seorg daie.

Bagaimana harus dihadapi sikap mereka ini? Nabi ALLAH Nuh mampu menjadi satu lagi contoh buat kita agar terus tegar & istiqamah menegakkan deen ALLAH. Baginda berda'wah siang dan malam selama kira2 950 tahun kpd kaumnya. Akhirnya, hanya beberapa org sahaja yg beriman. Ini satu lagi bukti bhw ALLAH tidak memandang hasil sebaliknya melihat usaha kita. Sia-siakah perjuangan baginda yg beratus2 thn itu? Pastinya tidak kerana setelah tentangan yg begitu dahsyat ALLAH telah memberi jalan keluar kpd baginda & pengikut baginda yg soleh.

Hanya setelah ALLAH menurunkan perintah agar berhenti menyeru kaumnya dan diperintahkan utk membina sebuah kapal, barulah baginda tidak menyeru kaumnya. Alangkah taatnya baginda! Kita pula, walaupun baru sedikit yg dilakukan kita berasa sudah cukup. Contohnya, kita rasa cukuplah kita sekadar mengejutkan kawan kita utk solat tanpa perlu benar2 memastikan dia sudah solat. Banyak perkara yg kita lakukan skdr melepaskan batuk di tangga. Ayuh, ubah sikap ini! kita harus bersungguh2 melakukan sesuatu terutamanya jika ia mmbawa manusia mendekati & menyembah ALLAH.

Sewaktu membina kapal tersebut, sekali lagi baginda diejek kerana buat kapal di darat yg jauh drpd laut. Alangkah, adakalanya perintah ALLAH itu sesuatu yg pelik pd pandgn manusia. Namun kerana taat akan perintah dan keyakinan yg teguh kpd Al-Khaliq, kita harus melaksanakannya jua.

Apabila air keluar drpd bumi dan turun drpd langit, Nuh menyeru anaknya utk turut sama ke atas kapal namun ditolak. Baginda sangka anaknya itu beriman namun sebaliknya. itulah sebabnya anak baginda itu tidak selamat. Inilah satu petanda bahawa islam n iman itu bukanlah suatu yg bisa diwarisi sebaliknya ia harus dicari dan dijaga kerana ia bisa juga hilang daripada kita.

Apa yg menarik adalah, bah besar itu sbnrnya tlh menghapuskan org2 yg menentang ALLAH, menolak utk menerima ALLAH sbg Tuhan mereka. Jadi kita semua sebenarnya adalah keturunan org2 yg mengimani ALLAH.

Oleh itu, mari kita bersama2 berjuang menegakkan Islam agar seluruh manusia tunduk hanya kpd ALLAH sbgmn teguhnya hati Nuh as. jagalah nikmat islam n iman yg diperolehi kerana ia boleh hilang dan dicabut drpd kita.jagalah deen ini dgn cara melaksanakan apa yg disyariatkan olehNYA.jika hakNYA dijaga, pastinya DIA akan memelihara kita. bukankah perlindungan ALLAH itu adalah perlindungan terbaik buat manusia?

smg kita terus beriman dan istiqamah di atas jalan ALLAH menuju kepadaNYA dgn bekal terbaik yg mampu kita bawa iaitu taqwa.

Sunday, May 31, 2009

episod yg berakhir

22 Mei 2009
Paper BMS tamat pada kira-kira jam 11 pagi. Satu dewan digamatkan dgn jeritan kepuasan daripada sebahagian pelajar. Aku pergi menemui beberapa orang guru dan pembantu makmal buat kali terakhir sbg pelajar kmb (lepas ni, kalau datang pun pasti sebagai pelawat..) Petangnya pula, aku sibuk mengemas bilik utk sesi clearance. Malamnya, aku habiskan masa bersama classmate di bilik tv sambil makan dan menonton 'Van Helsing'.

23 Mei 2009
Pagi ini,aku akan menjadi non-kmbian sbb id dah dipotong...pergi ke bangi bersama barang2 yg bertimbun. huh, tak sangka banyak juga barang2 yg aku dah bawa ke kmb..

29 Mei 2009
Kursus btn tamat hari ini.Kenangan terakhir bersama rakan2 kmb.Pengalaman yg menarik sepanjang berada di tg rhu...Lepas ni, kena belajar mencintai negara krn negara adalah salah satu komponen penting dlm kehidupan sbg manusia bertamadun.

1 Jun 2009
..................


***
Setiap yg bermula pasti akan ada akhirnya. Itu adalah lumrah dan sunnatullah yg telah ditetapkan ALLAH ke atas makhluk-NYA. Namun, apa yg berakhir akan menjadi permulaan buat sesuatu yg lain pula. Contohnya, berakhirnya hidup sebagai seorang pelajar kmb adalah permulaan diri ini akan bergelar seorang yg dewasa, bukan pelajar kolej lagi dah. Ayuh sama-sama merancang masa depan agar tidak terbiar begitu sahaja tanpa diisi dgn sesuatu yg bermanfaat buat org lain dan diri sendiri. Mari bersama tingkatkan kemampuan diri utk memberi yg terbaik dan terbanyak! Bukankah, tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima? Jadi, semaikanlah jiwa yg subur dgn rasa ihsan dan syukur agar kita mudah menjadi org yg murah hati. Semoga kalendar kita akan sentiasa penuh dgn sesuatu yg mampu membawa kebaikan buat org di sekeliling.

Saturday, May 23, 2009

Sharing a bit

Event : Convention of The End of Zionist Agenda
Venue : Putra World Trade Centre
Date : 9th May 2009
Time : 9am - 4pm

The advertisement about this event was put up at the information board of my college, just along the pathway to the DS. I was interested to go but I didn't ask any of my friend whether they want to join it or not. I believe some of my friends are going to face a tough week of examination next week, so I kept it to myself. On 8th May, I couldn't stand the feeling of going. Alhamdulillah, HE brought me to the right person, the person who was in charge for the trip.

What the speakers (Dr Roslan Mohd Nor, Dr Azzam Tamimi and Dr Mohsin Soleh) presented were very meaningful (though I didn't awake all the time :( ). It made me to reflect myself a lot. The downfall of Ottoman Empire was one of the point to indicate the weakness of ummah. The tragedy was not only due to a planned conspiracy but also the weaknesses that the ummah possessed. The weakness was a cancer that is killing the ummah slowly. The sad thing is the cancer is still within us! As the new generation of future leader, muslim youth should wake up to do something to bring back the strength of the ummah. We need to discover our own potential and make use of it wisely to fight for the Palestine cause and the ummah!

ZIONISM vs JUDAISM
When we talk about Zionist, we need to be clear that it is not the idea of the Judaism. The idea of Zionism was rejected by the religious Jews or the rabbis. Even today, the Jews are realizing that this idea is actually dangerous for them. As far as I understand from the presentation, Zionism actually was started by Martin Luther as the Christian Zionist. The idea of Zionism is to bring back the Jews to Palestine. To the Christian, sending the Jews there would dig the pathway for the coming of their Messiah who would later kill the Jews. While , on the hand the Jews knew that they could go back to Palestine either by waiting the coming of Messiah (their Messiah) or by force and the Zionists chose to go back to Palestine by force. It was also advised that we should not easily believe the Protocols of Elderly Zionists because it may have been written by non-Jews to make us feel unease and in war with the Jews. A question may arise here; who is using who - the Jews or the colonial power ? It doesn’t matter who are using who because both are gaining their benefits from the alliance. One thing for sure is the muslim ummah is threatened by their alliance. Besides, Zionist can be anyone despite their belief so it is very wrong to say that Zionist is always referring to Jews because a muslim Zionist is exist too - if he/she support Zionism by any means. Zionists are united under the World Zionist Organization.

Another interesting thing that was mentioned by the speaker was Jews are happiest when they are with muslims. Still remember how the Jews were not hurt when Muslim liberated Palestine and how they are killed by the Christians when they enter Palestine? They are always living in peace with muslims, therefore the idea of Zionism is from Judaism is a way to create dispute between muslims and jews.This is not beneficial for muslim and jews but it is good for the colonial power so that they could be the world order (I think so..)

Do you know what is the role of Hitler in the Zionist conspiracy? The Holocaust was what made the Jews convinced to move to Palestine as how British suggested to Theodore Hertzl. Before that, Hertzl was asking for a piece of land in which he never asked for Palestine. This event actually showed the mutual benefit of both parties who work together where the British was able to bring the Jews to the Holy Land and the Jews gained a state.

One valuable lesson I gained here is not to know the project of others too much but I should always try to discover what I can do to save the ummah. Islam is promised to win this battle but it will not happen without the effort to do so. A nice example given was the connection between Imam Al-Ghazali and Salahuddin Al-Ayubi. Imam Al-Ghazali saw the decline and cancerous situation of the ummah of his time and he knew that he had to clean the soul of the kids who would be the ruling generation later. He did this and his students became good scholars. Guest what, one of the scholars produced by his teaching was the one who became the teacher of Salahuddin, who later liberated Palestine.

HOLY LAND
Comparing the three holy land of Islam, two of them (Makkah and Medina) are always associated with peace and the site of ibadah while Palestine or Baitulmaqdis is the land of Jihad. Wave of jihad will always colour the land with its people who are burning with the spirit to fight rather than surrendering. It is to be noted too that the conquest of Palestine by the kuffar will always result in failure. Though it takes how many years, the effort to conquer Palestine will always be fought.

Hence, the wave of jihad should always be in our heart . Palestinians will never surrender, so should us! In whatever we do, do it whole-heartedly with a strong faith to ALLAH. Especially if we do it with the intention to better the ummah. HE will always be our strength if we do it in HIS cause.

In conclusion, the end of Zionism agenda is not going to happen until we realize and do something to build up unity among muslims. We cannot be weak and backward anymore because if we are weak, they will continue to control us. Just imagine if all the muslim from all over the world are as brave as George Gallaway who bravely brought a caravan to Palestine, would the Zionists be able to resist such revolt? It is in our hand. Why Palestine is chosen to be occupied is to prevent the emergence of a great muslim power. So let us build up the power as whoever we are to make sure the downfall and eradication of the zionism!

The information I shared might create confusion,so do ask. You may also look for the information yourself, discuss this matter with someone who is more expert. Don’t just accept what I write as there might be flaws in my writing but hopefully you gain something from it. :)

insyaALLAH, soon I will attach a pdf file of the paperwork presented by the presenters.

Sunday, May 10, 2009

IB Exam...

Sudah sekian lama tidak menjenguk dan meninggalkan sedikit bicara... Payahnya untuk istiqamah... huhuhu :(

Sekarang, seluruh warga KMB tahun 2 sedang berjuang di medan peperangan terakhir di KMB; IB exam. Peperiksaan yg akan menentukan sama ada kami akan fly atau tak..Selesai menjawab soalan math paper 2, aku menitiskan air mata dalam senyap (walaupun mungkin ada yg melihat).Teringat akan harapan ibu bapa dan guru...Bimbang...Resah...Setelah melepasi interview University of Palacky, harapanku semakin menggunung untuk fly. Lalu, aku terfikir mampukah aku melepasi MARA requirement utk dpt 35?

Namun, bukankah segalanya sudah ada dalam ketentuan Ilahi?Apa yg lebih perlu aku risaukan adalah adakah aku berjaya mengutip redha Ilahi sepanjang melangkahkan kaki utk menghabiskan perjalanan di IB program ini... Semoga diri terus istiqamah dan bermujahadah dgn penuh keikhlasan spjg menghadapi satu lagi ujian ALLAH ini. Teringat pula ungkapan seorang sahabat ; Prayer is the weapon of the believers...Semoga terus dan sentiasa berdoa kerana ALLAHlah satu-satunya tempat bergantung.

Saturday, April 4, 2009

Dunia n Islam...

Memahami suasana dunia hari ini yg dikuasai oleh pemikiran jahiliyah sapatutnya membuatkan kita menyedari bahawa sistem2 yg sdg digunakan di atas dunia sekarang adalah sistem2 yg terus merebakkan penyakit ke dalam masyarakat kita. Pemimpin2 dunia cuba dtg dgn solusi utk mengubati 'isme'2 iaitu dgn mewujudkan pula 'isme' yg lain. Namun, ibarat menambahkan lagi bakteria ke dalam luka yg menyebabkan luka akan menjadi semakin lambat sembuh, itulah natijahnya kelahiran isme2 baru. Suka sekali saya berkongsi dengan semua bahawa 'isme' yg lahir (komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme dll) merupakan kelahiran yg terancang dengan matlamat utk menjatuhkan umat Islam dan menguasai dunia. Kelahiran isme2 ini akhirnya menyebabkan umat Islam memandang remeh apa yg Islam bawa kerana berfikir bahawa semuanya perlu berubah mengikut peredaran zaman dan masa.

Penyembah2 syaitan ini telah merancang dgn begitu rapi sehingga kita memang tidak menyedari permainan kotor mereka itu eg; watak2 org Arab dlm kebanyakan filem Amerika yg ditonjolkan sbg pengganas, dalam kartun pun ada! Agenda ini adalah salah satu cara mereka menggunakan monopoli ke atas media yg mereka miliki utk meng'create perception' atau 'create public opinion' terhadap org Arab. Kesannya mungkin menyebabkan sebahagian drpd kita akan mengatakan 'padan muka' apabila disiarkan berita ttg org Arab yg diseksa di Penjara Abu Gharib.Tidak timbul dlm hati kita perasaan kasihan kerana seorang lagi saudara kita telah dibunuh.

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH, kita semua telah diberi peluang utk memahami ISLAM sbg sebuah agama yg syumul, kamil, mutakamil sehingga kita meyakini bahawa "Islamlah jawapan kepada semua masalah umat sekarang!"Tapi bagaimana?Bagaimana Islam dpt menjadi ubat kpd segala penyakit yg ada sekarang?

Mampukah Islam menjadi penyembuh jika Islam itu hanya di atas lembaran2? ISLAM adalah sebuah peraturan hidup atau sebuah sistem yg sempurna. Namun, jika kita hanya mendengar ttg peraturan hidup yg sempurna ini mampukah kita mengubat penyakit masyarakat hari ini? Sebagai contoh, kita berasa dahaga dan kawan kita telah memberitahu kita bahawa ada air yg sgt sedap dijual di kios yg terletak kira2 30m drpd hostel. Adakah maklumat yg diberitahu kepada kita ttg air itu akan menghilangkan dahaga kita? Em… ??

Jika kita telah mengatur langkah ke kios, mengeluarkan wang utk membayar, membayar harga air itu dan menggunakan straw utk menghirup air itu, barulah kita dpt merasakan hilangnya dahaga itu. Begitu juga dgn Islam. Ambil n amalkan Islam tu pula tidaklah semudah yg dikata.

Islam sebagai penyelesai masalah menuntut kita sbg pendukungnya muncul dalam masyarakat sebagai sebuah ummah. Mengapa agaknya?

Kerana masyarakat sukar mempercayai atau menerima sesebuah 'claim' tanpa bukti yg nyata di hadapan mereka. Menyingkap saat pembukaan kota Mekah, selepas peristiwa itu jumlah penganut Islam bertambah secara mendadak sehingga berjumlah kira-kira 120000 orang. Sebuah peningkatan yg amat mendadak. Daripada beberapa ratus menjadi ratus ribuan! Masyarakat Mekah telah dapat melihat kekuatan Islam lalu mereka menjadi mudah utk mengakui kebenaran Islam.

Kita adalah batu-batu yg akan membentuk bangunan ummah. Rosaknya sebiji batu bukan hanya melibatkan rosaknya batu itu tetapi akan menyebabkan goyahnya bangunan yg sedang dibina. Masyarakat kita (seluruh dunia) sedang memerlukan sebuah bangunan baru utk mereka kagumi, bukan sekadar sebuah menara berkembar, tetapi bangunan yg dibina atas dasar taqwa kepadaNYA. Cantiknya bukanlah sebuah kecantikan yg menipu seperti apa yg menghias dunia sekarang… Bukankah dunia itu merupakan kecantikan @ keindahan yg menipu?

Memahami suasana dunia hari ini yg dikuasai oleh pemikiran jahiliyah sapatutnya membuatkan kita menyedari bahawa sistem2 yg sdg digunakan di atas dunia sekarang adalah sistem2 yg terus merebakkan penyakit ke dalam masyarakat kita. Pemimpin2 dunia cuba dtg dgn solusi utk mengubati 'isme'2 iaitu dgn mewujudkan pula 'isme' yg lain. Namun, ibarat menambahkan lagi bakteria ke dalam luka yg menyebabkan luka akan menjadi semakin lambat sembuh, itulah natijahnya kelahiran isme2 baru. Suka sekali saya berkongsi dengan semua bahawa 'isme' yg lahir (komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme dll) merupakan kelahiran yg terancang dengan matlamat utk menjatuhkan umat Islam dan menguasai dunia. Kelahiran isme2 ini akhirnya menyebabkan umat Islam memandang remeh apa yg Islam bawa kerana berfikir bahawa semuanya perlu berubah mengikut peredaran zaman dan masa.

Penyembah2 syaitan ini telah merancang dgn begitu rapi sehingga kita memang tidak menyedari permainan kotor mereka itu eg; watak2 org Arab dlm kebanyakan filem Amerika yg ditonjolkan sbg pengganas, dalam kartun pun ada! Agenda ini adalah salah satu cara mereka menggunakan monopoli ke atas media yg mereka miliki utk meng'create perception' atau 'create public opinion' terhadap org Arab. Kesannya mungkin menyebabkan sebahagian drpd kita akan mengatakan 'padan muka' apabila disiarkan berita ttg org Arab yg diseksa di Penjara Abu Gharib.Tidak timbul dlm hati kita perasaan kasihan kerana seorang lagi saudara kita telah dibunuh.

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH, kita semua telah diberi peluang utk memahami ISLAM sbg sebuah agama yg syumul, kamil, mutakamil sehingga kita meyakini bahawa "Islamlah jawapan kepada semua masalah umat sekarang!"Tapi bagaimana?Bagaimana Islam dpt menjadi ubat kpd segala penyakit yg ada sekarang?

Mampukah Islam menjadi penyembuh jika Islam itu hanya di atas lembaran2? ISLAM adalah sebuah peraturan hidup atau sebuah sistem yg sempurna. Namun, jika kita hanya mendengar ttg peraturan hidup yg sempurna ini mampukah kita mengubat penyakit masyarakat hari ini? Sebagai contoh, kita berasa dahaga dan kawan kita telah memberitahu kita bahawa ada air yg sgt sedap dijual di kios yg terletak kira2 30m drpd hostel. Adakah maklumat yg diberitahu kepada kita ttg air itu akan menghilangkan dahaga kita? Em… ??

Jika kita telah mengatur langkah ke kios, mengeluarkan wang utk membayar, membayar harga air itu dan menggunakan straw utk menghirup air itu, barulah kita dpt merasakan hilangnya dahaga itu. Begitu juga dgn Islam. Ambil n amalkan Islam tu pula tidaklah semudah yg dikata.

Islam sebagai penyelesai masalah menuntut kita sbg pendukungnya muncul dalam masyarakat sebagai sebuah ummah. Mengapa agaknya?

Kerana masyarakat sukar mempercayai atau menerima sesebuah 'claim' tanpa bukti yg nyata di hadapan mereka. Menyingkap saat pembukaan kota Mekah, selepas peristiwa itu jumlah penganut Islam bertambah secara mendadak sehingga berjumlah kira-kira 120000 orang. Sebuah peningkatan yg amat mendadak. Daripada beberapa ratus menjadi ratus ribuan! Masyarakat Mekah telah dapat melihat kekuatan Islam lalu mereka menjadi mudah utk mengakui kebenaran Islam.

Kita adalah batu-batu yg akan membentuk bangunan ummah. Rosaknya sebiji batu bukan hanya melibatkan rosaknya batu itu tetapi akan menyebabkan goyahnya bangunan yg sedang dibina. Masyarakat kita (seluruh dunia) sedang memerlukan sebuah bangunan baru utk mereka kagumi, bukan sekadar sebuah menara berkembar, tetapi bangunan yg dibina atas dasar taqwa kepadaNYA. Cantiknya bukanlah sebuah kecantikan yg menipu seperti apa yg menghias dunia sekarang… Bukankah dunia itu merupakan kecantikan @ keindahan yg menipu?

Friday, March 27, 2009

Choice...


(As-Syams : 8-10)

In our lives, freedom of choice is one of the greatest gift ALLAH have ever granted to HIS creation. Does it mean that the other creation of ALMIGHTY ALLAH do not have choice to be made? What do you think? In my opinion they don't have that chance. They do something as how they have to do it. As an example, a female bee cannot choose to be the queen or to be the workers. It happens naturally that the one that will be the queen is fed with royal jelly. If the female is not fed with royal jelly,it can never be the queen.

Unlike the bee, human can choose to do and to be what they want to. However, a quote from the film 'Spiderman' that I like so much said - ' Great power comes with great responsibility.' -

You see...That is very true. ALLAH give us the power to choose in our hand and we have to remember that we are accountable with every deeds. More impressively, it is not our tongue that would answer, it is the parts of our body that did the action would answer HIS hisab soon.

Refering to the verse above, HE clarifies to us, human (insan) that we are given two choices, good or bad and only these two, not less not more. We are given the chance to choose to be a believer or a non-believer and that's it. If we are not a good follower then we are the non-believer. There is no such thing as a half believer and half non-believer. There is no grey area in our choice-making. It is white or black.

So,make up your decision now. To follow the good, the pathway to GOD that ensure our safety in this wrld and Hereafter or to follow the wrong that surely destroy youself.

Sunday, March 8, 2009


Rasulullah, kau di hati....

Biar Terkena Kotoran Demi Pengalaman


“Biar Terkena Kotoran Demi Pengalaman”


Pernah lihat tagline di atas? Anda pengguna Breeze, serbuk pencuci? Hehe...maybe boleh mengintai di supermarket2 utk melihat tagline ini….
Ada apa dgn tag ini? Ia hanyalah sejenis tagline yang biasa ditemui pada produk2 harian utk menarik pengguna menggunakannya…


Ini ialah iklan serbuk pencuci. Untuk melariskannya, anda dibenarkan utk bermain kotor. Serbuk pencuci ini ada penyelesaian utk anda, mencuci kotoran degil dgn berkesan. Wah, apa lagi! Lepas ni, tak perlu risau akan kekotoran kerana sudah ada penyelesaian. Lepas ni, bolehlah main bola dlm lecak di padang sehingga puas tanpa perlu risau akan baju yg kotor.

Mari kita lihat iklan ini daripada sudut kehidupan kita. Islam itu datang dgn membawa janji untuk menyelamatkan umat manusia. Tapi, Islam tak membenarkan kita bergelumang dgn kotoran walau sesaat pun. Iklan serbuk pencuci itu samalah seperti iklan yg disebar oleh ‘pendakwah di pintu neraka’ @ seruan jahiliyah. Seruan ini memberikan kita alasan untuk melakukannya kerana dijanjikan bahawa kita takkan kotor sepenuhnya. Bahkan. kekotoran itu harus kita lalui kerana ia akan memberi pengalaman kepada kita..

Benarkah?

Jahiliyah yg dibiarkan memasuki hati dan diri akan perlahan2 menguasai diri. Mengapa? Hanya kerana, “minyak dan air takkan boleh bercampur”. Bahkan, hati kita takkan dapat diisi oleh dua benda. Lalu, Islam akan berundur jika kita membiarkan jahiliyah menguasai kita. Kita tak rasa nak tinggalkan Islam, tapi Islam dan iman itu akan pudar perlahan2 tanpa kita sedari.

Konsep yg sama boleh diaplikasikan utk kita berusaha meninggalkan jahiliyah. Fahami Islam, amalkan Islam,maka jahiliyah akan pudar dari diri kita secara perlahan2.

Hmmm….A night in Isketambola….Solte A Alma…..

Tuesday, March 3, 2009

Paksaan...

Paksaan...

Siapa yang rasanya sukakan paksaan?Kanak2 kecil yg tak mengerti erti hidup pun tak suka jika dipaksa...Apatah lagi orang yg telah hidup beberapa lama di atas dunia (kitalah tu..dah lebih daripada 10 tahun ;) ) dah banyak benda yang diketahui,lalu diri berasa 'banyak dah yg aku tahu'...

perlukah paksaan dalam hidup ini?heh..kalau tak perlu, kenapa pula banyak cerita hindustan memaparkan konflik cinta yang dihalang dan perkahwwinan yang dipaksa?hehe...macam banyak tengok cerita hindustan plak...

hurm...tapi, memang manusia ni kena dipaksa,kan?macam kayu dengan penukul...kalau tak dipaksa,selalunya tak buat pun...huh..lihat sahaja suasana di kelas sekarang...sekarang barulah sibuk2 nak buat irp setelah dipaksa oleh cikgu; kalau tak nak dihalau dari kelas....

melihat pula suruhan Allah, agak2nya kalau ALLAH tak syariatkan solat fardhu lima waktu sehari semalam,mungkin ada yg takkan solat langsung...even yg telah disyariatkan pun, ramai jer yg sepanjang hidupnya tak pernah bersujud kepadanya...

mari kita singkap sejarah...

turunnya wahyu pertama di gua hira', rasulullah didatangi jibril yg menyuruhnya membaca...rasulullah yang merupakan seorang yg ummiy (tak tahu membaca dan menulis) pastilah tak tahu membaca. lalu baginda menjawab..."Aku tidak tahu membaca."
Lalu baginda dipeluk oleh jibril sehingga beliau berasa sesak...kemudian,jibril lepaskan pelukan dan menyuruh baginda membaca lagi, "Bacalah."
sekali lagi, pastinya dengan tanda tanya akan apa yg boleh dibacanya, baginda menjawab dgn jawapan yg sama..
"Aku tidak tahu membaca."
Lalu, baginda dipeluk dgn erat oleh jibril sehingga baginda berasa sesak sesesak-sesaknya...
Dilepaskan dari pelukan yg kuat itu,sekali lagi baginda disuruh membaca...

Huh...penat rasanya membayangkan diri dipeluk dengan pelukan erat itu...lalu,apa yg boleh diambil pengajaran daripada peristiwa ini?

Kita harus memaksa diri untuk memulakan sesuatu yg besar !!!


Saturday, February 14, 2009

Perlukah Kita Skeptikal Kepada Yahudi & Nasrani?


1. "Barangan keluaran Yahudi perlu diboikot kerana wang yg diperoleh mereka akan digunakan utk mengebom negara umat Islam dan membunuh umat Islam."

2. "Rancangan tv,kartun yg disiarkan banyak yg mampu merosakkan pemikiran anak-anak kecil muslim ."

3. "Krisis kewangan Amerika adalah salah satu perancangan Yahudi dan Nasrani utk menguasai dunia. Umat Islam akan kata,

'Padan muka Amerika.'

Sedangkan Amerika dan sekutunya sedang tersenyum gembira melihat umat Islam sedang diperbodoh."

4. 'Obama itu adalah boneka Yahudi."


Yahudi itu…Yahudi ini…Zionis itu…Zionis ini…

Mungkin inilah yg terlintas di fikiran kita apabila memikirkan tentang Yahudi. Namun,mungkin ada yg tertanya2 mengapa asyik memandang negatif apa2 yg dibuat oleh Yahudi?

Susahlah hidup kita kalau begitu… Kata, menyeru manusia agar berkasih sayang dan bersangka baik?Dengan org kafir kena r baik,kalau tak camne diorg nak terima Islam yg dikatakan agama kasih sayang & keamanan...

Tak adakah ruang utk kita bertolak ansur terhadap mereka?

Friday, February 13, 2009

Aku Dibius Cinta


Sewaktu saya berada di satu majlis ilmu, mata saya melilau melihat2 hadirin yg hadir. Memandangkan ramai yg datang, pastinya pelbagai ragam,gaya dan aksi dapat dilihat.

Ada yg tekun mendengar sambil menyalin di dalam buku nota sendiri

Ada yg berbincang2 membuat ulasan terhadap apa yg diucap oleh penyampai

Ada yg terlalu khusyuk sehingga hanyut di alam bawah sedar (zzzzZZZZ)

Ada juga yg beraksi seperti tiada penyampai di hadapan

Ada yg buat tempat itu seperti kelas, guna utk menyiapkan tugasan yg diberi oleh guru

Ada yg membuka cerita sendiri…..bertanding siapa yg lebih menarik ceritanya drpd si penyampai di hadapan,mungkin

Ada pula yg mendengar penuh khusyuk pada cerita teman



Saat itu juga, minda saya memutarkan sebuah lagu nyanyian Yusri KRU dan Melly Goeslow ;)

Aku dibius cinta
….
….

Heh..baris itu sahaja… :> Insya ALLAH, nanti saya tambah lagi bait-bait lagu tu… ;

Mata saya melihat semua yg hadir telah dibius…Dibius dengan cinta masing-masing…

Ada yg cintanya pada ilmu yg ingin dikongsi oleh penyampai sehingga ingin dicedok setiap patah kata si penyampai

Ada yg cintanya pada dirinya sendiri semata dan tak terfikir memberi cinta itu kepada org lain

Ada yg cinta pada tugasan yg dibuat sehingga ingin menyudahkannya walau di mana dan dengan cara apa pun jua

Ada yg cintanya pada cerita-cerita hidup yg dilaluinya sehingga itulah yg ingin dikongsi dgn teman pada setiap masa

Ada yg cintanya pada sahabat sehingga menjadi pendengar terbaik


Masing-masing terbius oleh cinta masing-masing. Terbius sehingga apa yg berada di sekeliling tak mampu memberi kesan terhadap cintanya. Indahnya cinta yg telah membius! Ibarat pesakit yg dibius, membiarkan sahaja si doktor membedah dan menghiris dagingnya,sesuatu yg takkan sanggup dibiarkan jika dirinya dlm keadaan sedar…Cinta yg membius itu telah memberinya kekuatan utk berdepan sesuatu yg tak mampu dia hadapi jika tidak dibius oleh cinta itu. Biar kepayahan terpaksa dilalui, tak dirasakan payah kerana sudah terbius...Apa jua akan dilakukan utk memastikan cinta itu terus didakap kerana sudah asyik, hanyut dgn kepuasan yg dibawa oleh cinta-cinta itu.

Namun, cinta mana agaknya yg mampu memberi kepuasan dan nikmat yg berpanjangan? Pada ilmu, diri sendiri, cerita-cerita, atau cinta sahabat? Orang yg dilanda angin cinta pastinya ingin angin itu terus membelainya setiap masa.

Melihat angin semulajadi , angin itu bersifat dinamik (eh, betul ke perkataan ni?boleh r kot..). Angin tak bertiup di satu tempat sahaja. Ia akan merentas benua dan lautan utk memberi rasa nyaman yg dibawanya kepada sebanyak2 tempat melainkan ia dihalang oleh dinding-dinding atau gunung-gunung.

Sebagai seorang manusia, adakah cinta yg kita miliki menjadikan kita seperti si angin? Apakah kita sanggup cinta kita tersebar, bukan utk diri kita sahaja? Cinta itu pula mungkin meninggalkan kita utk mencari org lain?Sanggupkah? Ataukah kita menjadi ibarat gunung yg menghalang cinta itu tersebar ke tanah lain?

Ah, jika sudah dibius, apa mungkin kita akan memikirkan persoalan-persoalan itu? Em…rasanya tak fikir,kan? Kerana kita sudah yakin cinta itu untuk kita. Kepedihan itu tidak penting utk dirasa pada diri dgn keyakinan yg telah tertanam.

Ayuh kita fikirkan…Adakah kita telah terbius oleh cinta kita, yg mampu menjadikan kita kuat utk hadapi apa yg kita tak mampu lalui tanpa kehadiran cinta itu? Adakah cinta itu mampu membius kita utk tempoh yg panjang? Cinta yg mampu membius kita lebih lama pastilah cinta yg lebih kuat, betul tak?

Hmmm...